ASSALAMUALAIKUM wbt
PENANGAN Usop Wilca... sole.. sole.. (sambil mengangkat dan menggoyangkan tangan gaya Usop ya.. hihi). Kini bagaikan satu fenomena barukan. Memang gelak nak pecah perut setiap kali mengingati gaya Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah menolak kerusi roda sambil berlari dan menggoyangkan sebelah lagi tangannya. Psttt.. sebenarnyakan, masa awal-awal kemunculan Usop dalam Zombie Kampung Pisang tu, saya agak meluat jugalah dengan wataknya yang macam cik pon tu tapi dalam HKLBR, watak Usop ni memang meletops macam Kak Letops Luna Latisya dalam filem Cun! tu. Dah tengok belum.... ??? Baiklah, nanti cerita ya pasal filem Cun! yang romantis tu... hik.. hik.
Hari ini dengan rajinnya saya akan taipkan lagi resepi di sini jadi kepada sesiapa yang tak dapat lagi resepi tu sila copy & paste & print sekarang ya... hik.. hik.. hik. Terima kasih Puan Azita kita, ya.. hehehe. (Bilalah saya nak pulang pengeras ngan Kak Ita ni yek, erkkkk!!)
Cheese Tart
Sumber: Kak Azita Zain
Bahan-bahan Kulit Tart:
170gm margerin
50gm gula icing
1 biji telur (C)
1st esen vanilla
290gm tepung gandum
Cara-cara:
~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu, pukul sekejap sahaja.
~ Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
~Tekankan doh dalam acuan tart, cucuk permukaannya dengan garfu dan bakar 180 darjah C selama 25-30 minit.
~Keluarkan kulit tart dari acuan.
Bahan Inti:
Inti Strawberry secukupnya
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur (B)
1/2st esen vanilla
~ Putar cream cheese dan gula kastor sehingga gebu.
~ Masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi hingga sebati.
~ Masukkan inti strawberry dan inti cream cheese ke dalam piping bag yang berlainan.
~ Paipkan inti strawberry ke dalam kulit tart secukupnya dan kemudian paipkan pula cream cheese sehingga memenuhi sisi kulit tart.
~ Paipkan lagi inti strawberry di atas cream cheese membentuk corak sole-sole seperti dalam gambar. (ingat... jangan derhaka.. wajib buat corak sole-sole... hehehe)
~ Bakar 10 minit lagi atau sehingga cream cheese tidak melekat bila disentuh sedikit dengan hujung jari. (Testing jer.. jangan sentuh semua... hahaha). tapi biasanya 10 minit tu memang dah tak melekat.
Selamat Mencuba..
salam sari...
ReplyDeletemasin2 dok cerita pasal usop wilca tu masa kat ABP...kita tak tgk pun...huhuhuhu. lucu sgt ke?
hikhik..mmg klako usop tu. teman tegelak dri crite zombie tu lagi..kikiki...
ReplyDeleteSelamat pagi kak..wow sedapnya pepagi dah keluar cis tart,nak tanya kalau ikut adunan tu dapt berapa biji cistart..mcm nak buat jer tp x tahu bila huhuhu..
ReplyDeletepeberet ni..
ReplyDeletetibe2 teringan kat usop wilca tu...hahaha mmg lawak...
wakakaka..sebut nama usop memang mas tergelak sorang.....
ReplyDeleteperhhh..cistart tu..montok2 la...
gerammnya tengok..
next time mas buat corak sore2 ni...he..he..
Wanieyra, lucu seh... gilah cari kat youtube! Akak pun tertido time tuh, esoknya pagi2 terus menggoogle.. hehehe
ReplyDeleteIzah, akak masa cete zombie tak minat lagi, cam nyampah jer.. hahaha
Kojek, satu adunan ni bleh dpt dlm 70 biji jugak.. (knp sy takleh pegi blog Kojek ya...??)
Ainnoraini, feberet yg mnmbhkan kg... kih3 Usop mmg lawak.. hahaha
Mas, next time buat tau, ingat tgn tu goyang kasi lmbut lagik..
aduh yus.. rasa mau pingsan melihat cheese tart mu yg tembam itu....
ReplyDeletecomeinya...sayang nk makan la..:)
ReplyDeleteakak...mmg lawak lah ABPBH....sampai akk aplikasi dalam chees tart...baguslah kak...
ReplyDeletememang malas nak wat ni...hehehe
ReplyDeleteAssalam kak..tojek tu kan nama samaran suami saya,kebetulan hari tu dia guna laptop saya.tu yg terkeluar nama dia..x tahu mcm na boleh jadi macm tu heehhhe..jgn mare tuan rumah yg baik hati ..
ReplyDeleteKak Dzana, kak jgn pengsan dulu, mehlah amek dua biji sini.. hihi
ReplyDeleteKak Kamsiah, takyahlah makan, akak tenung jer.. hehe
Erienz, saja2lah erienz, ngantuk dah mlm2 layan cistat..
Ila, tu yg jenguk jer.. malas ya.. haipp!
Siti Indrawani, hahaha.. patutlarrr.. tak marahlah... sukeeeeee