CE CITER.. CE CITER.. SAMBAL..

Seri Kandi Tanah Jauhar
14
ASSALAMUALAIKUM wbt

KALAULAH saya masih diberi peluang menulis di buku autograf kawan-kawan seperti zaman sekolah dulu dan diminta menyenaraikan makanan kegemaran rasanya boleh penuh satu muka surat tu.. hehehe. Banyak sangat makanan yang membuat saya terliur dan membuat tekak ini sentiasa bocor. Pantang mendengar di mana ada makanan yang sedap maka adalah rencana yang disusun walaupun jaraknya berpuluh kilometer. Ini semua kerana pengaruh ER yang memang tak kedekut pasal makan. Cakaplah nak makan apapun dengan syarat makanan tu sesuai di tekaknya dan biasanya selera kami serupa. Asalkan jangan makan di restoran segera yang itu memang bukan minat ER... jadi Mc D ke, KFC ke ataupun Pizza Hut (sekadar menyebut beberapa nama yang popular) tu kirim salamlah. Dua tiga bulan sekali pun belum tahu kami singgah.. hehehe.

Antara feberet kami ialah menikmati mi yang berkuah dan tidak sah rasanya kalau makan tak berlada walaupun hirisan-hirisan cili sudah cukup untuk menambat di tekak kami. Kalau bersambal pula, memanglah pesanan sambal mahu lebih tu diulang beberapa kali. Bila dah habis makan baru tersedar telinga dah berasap dan dada rasa kepanasan gara-gara terlebih sambal.. nak hambek... nak sangat sambal lebih... hehehe.

yang ini Laksa Sarawak.. dihidangkan dengan sambal. Kata HaSue makcik dari Sarawak tu... limau tu perahkan atas sambal tu tapi saya tak tahu, pertama kali mencuba jadi saya perahkan pada semua kuah tu.. hehehe. Sambal ni rasanya macam bertumis, macam sambal tumis yang biasa kita masak tu. Sedap.. tapi yang ini saya tak ada sambal lebih, tapau, makcik tu bagi sebungkus jer kat saya.. hehehe. Siapa teringin bolehlah singgah petang-petang atau malam-malam di Taman Pulai Indah di warung makcik yang comel ini.

yang ni bihun sup utara beli dari Pakcik OK Corner. Kalau kat JB ni pakcik OK ni selalunya berniaga di pasar malam Taman Tampoi Indah tiap-tiap hari Selasa. Tu diaaaa... beratoq punyalah panjang nak pekena bihun sup utara ni. Tapi kami sangat ngam dengan pakcik OK jadi selalu tak payah beratoq.. ngelatkan... hehehe. (Awatlah cek terloghat Kedah lebih niiiihhh). Sambalnya ni tak perlu ditumis dan tak menggunakan bawang. Cuma cili kisar, garam, gula, asam jawa dan sos tomato semuanya dimasak dalam satu periuk. Perghhhhh! Yang ni pun kalau kami dah mengadap, kirim salam orang belakang ya... ngeh3!

Yang ni tau tak??? Ini mi kolok.. juga dari Sarawak. Wow! Yang ini memang jangankan kirim salam, makan pun tunduk jer takut orang mintak.. Kat JB ni kalau nak makan, bolehlah singgah ke Hutan Bandar, MBJB. Sambalnya menggunakan cili hidup ala-ala sambal nasi ayam tapi taklah berkuah sangat. Sangat sedap tak hengat..

ha.. yang ini tetap di hati saya sebagai anak jati Johor, sambal kicap. Cili api, gula, bawang putih, kicap wajib cap kipas udang... semuanya kisar atau saya lagi suka tumbuk sampai lumat lepas tu baru masukkan kicap.. hehehe.

Nanti ada masa kita sambung ce citer sambal ni lagi ya... insyaAllahhhhhhhh.. nak gi menggiling cili ni nak buat sambal.,.. ngeh.. ngeh.. ngeh... tipulah. Buat sambal apa.. nak gi kelas sekarang..
WASSALAM.

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sari.. laksa sarawak tu membuat akak terliur... termasuklah mee kolok...

    Laksa tu adalah paste dia akak beli tapi mee kolok kena cari kat sana...huhuhu...

    Paling sedap makan mee atau aper aje jenis sup dengan sambal pedas... berasap telinga...hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi kak..wow pepagi dah tunjuk makanan ni..lapar..lapar..lapar...masuk dapur jap cari megi ayam hehheehe..

    ReplyDelete
  3. kak yus...nak tapau semua....

    ReplyDelete
  4. akak..nak perah limau tu mana2 pun boleh jer..sebab biasanya kalau makan kat restoran,dia asingkan belacan tu ngan limau..so perah limau dulu kat smbl belacan baru campur dalam kuah laksa..perghh sedapnya kak aihh!terliuq lak

    akak nanti amik award kat umah ek

    ReplyDelete
  5. Assalam kak,nih org utara dah mai,amboi terliuq aih tengok depa punya bihun sup,mee kolok segala macam..Bila nak mai penang lak,pekena mee udang n ketam sempoi punya,hihi..

    ReplyDelete
  6. walla...sedapnyerrrrrrr bak sini sikit...tapi tekak masih sakit lagiiii.....

    ReplyDelete
  7. Sallam

    Ni buat akak lapo nih,
    jap lagi nak pi cari mi jugalah.
    Tapi yang dalam gambar tu semua tak ada kat sini. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Salam….
    Jom ke blog akak… ada award utk sari!

    terliurnya tengok laksa sarawak tu...!

    ReplyDelete
  9. "nak mihun sup utagha...chek nak jugak...sedapnya,takleh jadi hari minggu ni wajib buat ni,tunggu..."

    ReplyDelete
  10. hahahaha.. kak sari, bab mkn mee kolok sambil tunduk sbb takut org mintak yg x tahan tu.. hihi,,

    ReplyDelete
  11. salam sari..akak tak penah cuba lagi laksa sarawak n me kolok tu..kalau teringin sarilah punya penyebab ni hehe

    ReplyDelete
  12. uii dasyat klu bab mkn..taksmpt lanakrasa..nk pindahkdhdh nie...sob..sob..dok sni pun mmg jarang mkn area jb.jauh kan..klu mkn pun kt kmpg majidi, mee bndung muar..

    ReplyDelete
  13. walaweii.. sedap2nya. yumm...

    ReplyDelete
  14. Sebagai anak johor saya juga suka menu dari gambar yg terakhir tu....mesti ada sambal kicap yang pedas baru kick.

    Laksa sarawak baru sekali je makan, itupun di rumah kawan masa jamuan hari raya tahun 2010..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!