SIARAN TERTUNDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

ASSALAMUALAIKUM wbt

HARAP MAAF..
Siaran tergendala sebentar... hehehehe.

Haishhh!! Entah berapa kali asyik tergendala sahaja hasrat untuk mengepos cerita Puding Trifle ini di Alam Sari. Nak diikutkan taklah berkurun, tapi dah berulang jugalah membuat puding ni. Pertama, untuk jamuan hari raya sekolah Yaya, kedua - untuk jamuan diri sendiri, ketiga - untuk jamuan diri sendiri juga.. ngeeeee, keempat - untuk jamuan adik beradik, kelima - untuk jamuan sepupu , haaaaaa.. berapa kali dah buat jamuan tapi tak ada cerita, sadis betul, kan... hihi..

Dan alkisahnya juga, hanya sekali sahaja kamera dipetik di antara jamuan-jamuan tersebut, lantaran keRAJINan yang masih menebal, apa nak buat.. susah betul nak buang sifat yang satu itu sejak akhir-akhir ini, isk!! Kena berus dengan berus dawai kot atau kena sapu dengan penyapu lidi, baru hilang, huhu..

Baiklah, sila jangan bosan dengan bebelan Puan Sari, mehla kita salin resepi yang saya dapat dari daniaelyza@myresipi.com. Terima kasih, ya sebab sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Dari komen-komen pembaca, semua kata sedap, jadi saya pun buat. Alhamdulillah, sesuai dengan tekak saya yang simple ni. Banyak juga saya google resepi trifle ni (semasa nak menerai untuk jamuan Yaya tu) tapi inilah yang tersenang dan terrrrrrrmurah, hihi. Terbaik tu, tidaklah saya pasti, sebab setakat ini yang paling sedap saya makan, trifle di rumah Abang Mat kita. Mana tak sedap, siap ada whipping cream segala, jadi untuk budak-budak sekolah, kita guna bahan yang murah jer.. dasar kedek... keh keh keh. Tapi memang berbaloi-baloi. Tetap sedap dan laku tau, adalah juga yang saya tambah dan laras supaya sesuai dengan tekak dan cara, jom semak resepi.

Puding Trifle
Sumber :
daniaelyza@myresipi.com

(boleh dapat lebih kurang 40 kotak kontainer kecil atau 2 kotak kontainer saiz sederhana - yang segiempat sama selalu orang packing cheese tart tu)

Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula (saya tambah 1sb lagi, tawar sangat, kurang umph! hehe)
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard(saya guna 400ml air)
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya(saya guna sebiji kek span)
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona (sebarang perisa yang anda suka)
  • 1 mangkuk air panas(saya guna 400ml air)

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air biasa. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan meletup-letup. Padamkan api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung/span sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
Nota : Saya taburkan buah-buahan dalam tin (koktel) selepas menuangkan kastard. Serbuk jelly nona tu pula saya didihkan bersama 400ml air (ikut arahan pada peket).

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uwaaaaaa...dah banyak kali buat tapi tak bagi akak rasa eehhhh..teruk tawwww..hehehehehe...lenkali kalau buat, bagi akak rasa tawww..

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya nie... suka sgt makan.. nak juga.... :)

    ReplyDelete
  3. senang buatnya ye? org kerja sesuai puding mcm ni....cepat, tak buang masa kan..

    nak buat la..

    ReplyDelete
  4. Allah.. ingatan saya kembali kpd 'pemberian' itu..
    Oh! Kembali rasa bahagia :)

    ReplyDelete
  5. eh kuar ke idak komen tadi..takpe saya komen lagi hehehe...sedap ni kak pass la sepotong dueeee :D

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie, ishhh! Teruknya kita ni, selalu terlupa Kak Yatie, sorryyyyyyyyy..

    ReplyDelete
  7. Hisyam, kecur2 tu boleh menambah muhibbah juga.. hehe

    ReplyDelete
  8. Diana, wahh.. blehlah kita tukar2 juadah lepas ni, kari ikan harum tu ada lagi tak? hehe

    Niena, sedap, cubalah..

    Kak Zana, mmg cepat, skejap jer dah siap, 10 minit tak sampai.. hihi.. bkn ssuai utk org kerja je, org mls mcm sy lagi ssuai, haha

    Oeya, dah cuba sndiri rsepinya belum? ;p

    sitiezahim, dah habis ni, nanti akak buat lagi bagi sorang sepotong ya, hihi

    ReplyDelete
  9. yeayyyy.....akhirnya dpt gak tinggal jejak kat sini...sian kan huuu!

    puding triffle ni mmg x jemu di makan..lbh2 lagi klu baru keluar dr peti ais...huhhh...nyaman je rasanya...

    ReplyDelete
  10. salam kenal dan kunjung balas dari rumah saya heheheeh..bestnya tengok blog nih...teruja lak berkawan dengan kawan2 yg pandai masak memasak ni, bukan mcm saya yg berat tangan sikit hehehehhe simple2 tu boleh lah tak mcm di sini, huwaaaaaaaaaa teruja baca blog ni. saya dah add dlm list bhg pakar masak hehehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!