MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, November 11, 2013

NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU YANG MARVELOUS!!

ASSALAMUALAIKUM...

Puan Blog bertudung ungu
AMBOI... banyak betul cadangan tempat makan yang SK terima untuk direalisasikan bila sampai di Pulau Mutiara baru-baru ini rentetan menjejak lokasi penggambaran 'Love You Mr Arrogant' tu ya.


"Akak.. jangan lupa pekena nasi kandar tau. Nasi kandar Penang terbaekkkk!!"

"Nanti.. jangan lupa makan laksa kat Batu Feringgi... terangkattttt!"

"Pi lah Balik Pulau makan durian, sedap weiiii..!!"

"Akak, jangan lupa bergambar dekat tangga Mr Arrogant eah," Eh... pesanan ni pun ada eak.. kekekeke.

Baiklah.. untuk semua sayang-sayang SK, SK dah realisasikan seeeeeeeeeeemua permintaan anda selagi tidak melanggar tatasusila dan batas kemanusiaan ya. SK korbankan perut SK ni untuk santapan mata uols tau. Jadi, jangan ada yang komplen bila nampak SK semakin melebar ni ya.. kui kui. Sampai satu tahap, SK rasa macam dah tak lalu tengok makanan yang terhidang depan mata. Yang peliknya, makan jugak tu.. hahaha.. nak salahkan siapa???


Haaa.. kalau selalunya SK pekena nasi kandar di Restoran Line Clear atau Nasi Kandar Beratur, kali ini SK ubah lokasi setelah membaca komen dari blogger Zalieda Zaliedana tentang nasi kandar di Penang ni. Sebagai orang Penang, tentulah Siti lebih maklum yang mana paling sedap, kan. Dah kalau setiap kali datang Penang, PM kita mesti singgah di sini, jadi.. jom kita pergi ke Nasi Kandar Kampung Melayu yang lokasinya terletak di Air Itam, Pulau Pinang. Siti bagitahu SK, kedai ni terletak di bawah flat tapi bila SK sampai rupa-rupanya kedai tu dah tutup. Nasib baiklah ada adik-adik yang sudi menunjukkan jalan ke cawangan kedai Nasi Kandar Kampung Melayu di Food Court berhampiran. Berpusing-pusing jugak nasib baik ada yang tunjukkan jalan.. terima kasih ya, adik-adik.


Pehhhhhh! Tergeleng-geleng kepala ER sepanjang menikmati nasi kandar tersebut. Berkali-kali ER mengangkat ibu jari... sedap sangat.. lagi sedap dari Line Clear katanya. Wahhh, SK lagi suka, pertama sebab kawan SK yang rekomen tempat ni dan yang kedua SK memang agak kurang gemar makan di Line Clear tu tapi terpaksa jugaklah makan melayankan kehendak orang tukan.. karang kalau tak dapat apa yang dihajat memanjang pulak muncungnya. Yup! Suapan pertama memang mengasyikkan... nikmatnya nasi kandar... waaaaaaaaaa... makan sampai nak menangis sebab sedap sangat. Pulak tu memang dah lama sangat rindu nak makan nasi kandar ni, hahaha.


Haaa.. cer tengok kepala ikan kat atas tu. mujurlah SK ni tak gemar sangat makan kepala ikan. Teringin juga tapi takut.. hehehehe.

Wajib bila makan nasi kandar ni kuahnya haruslah lebih.. banjir pun tak apa. Telur ikan kat atas ni memang SK suka sangat. Dulu, kecik-kecik, mak kata tak bagus makan telur ikan ni. Tapi SK belasah jer, kekeke.

Sayur-sayurnya pun nampak masih segar, taklah digoreng sampai lebam. Kalau nak rasa lagi 'kick' haaa.. gigitlah cili hijau tu ya, berasap telinga!!

Berpinar-pinar mata tengok lauk... kalau nak tahu SK ni anak-beranak hantu kari.. walaupun SK ni anak jati Johor tapi agaknya darah DKK tu kuat kot... huhuhuhu.


Haaaaaaaaa... ni pinggan orang yang diet katanya.. Cikwa... ko biar betul, boleh habis ke ni???


Pinggan Iman.. Iman ni memang jenis yang tak suka sangat makan sayur kecuali sayur tertentu. Kadang sampai kena paksa-paksa tau.



Pinggan SK... biasalahhhhh... errrrkkkk!! Haaa... lupa nak ambil gambar pinggan orang yang tak sabar-sabar tu.. entah baca doa ke tidak tu ya???


Tengok tu... kalau mak mertua lalu pun tak sedar tu rasanya... kikikiki. Dan... harganya sangat berpatutan. Makan empat orang tak sampai RM30 tau... Dahlah 'parking free'. Sepanjang perjalanan balik ke hotel tak habis-habis lagi ER memuji keenakan nasi kandar Kampung Melayu ni. Memang terbaekkkk wokkk!! Terima kasih ya Siti kerana telah memberitahu pada kak SK tentang kewujudan nasi kandar di Kampung Melayu ni.


Apa yang SK nampak, kebanyakan pelanggan di sini adalah pelanggan tetap dan penduduk setempat. Ialah, kita boleh tahu dari cara percakapan dan penampilan seseorang.. kan. Kalau pelancong haruslah bergaya macam SK ni tau... hek hek hek... perasannya.... menyampah tak? Menyampah tak?? Huhuhu..


Burppp!! Alhamdulillah... Jadi, lain kali kalau anda ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke Nasi Kandar Kampung Melayu tau!!!

8 comments:

  1. tak penah pekena kat sini lagi...nanti boleh try...huhu

    ReplyDelete
  2. belit selendang pun dah macam zara mr arrogant!!

    ReplyDelete
  3. Kak sari.wah mmg licin sungguh plate ni..hihi..
    Kmi yg duk pnang nih pon jnuh cri juga food court ni sbb xnh p..salu p kat kg mlayu yg bwah flat..
    mmg xdisangkal lagi kesedapannya..tuhla xmhal sgt kan..

    ReplyDelete
  4. Kak sari.wah mmg licin sungguh plate ni..hihi..
    Kmi yg duk pnang nih pon jnuh cri juga food court ni sbb xnh p..salu p kat kg mlayu yg bwah flat..
    mmg xdisangkal lagi kesedapannya..tuhla xmhal sgt kan..

    ReplyDelete
  5. Saya pun x berapa suka Line Clear sebenarnya...hehehe. Next time (entah bilaaaa lah agaknya), saya nak terjah sini jugaklah.

    ReplyDelete
  6. Sari..wahh hebat btl pnangn zara kn..he hee.akk dh lms x ke pnng..nnt nk ksini jgk la..nk rasa jgk

    ReplyDelete
  7. aduh SK buat perut akak meletop2 tengok pinggan yang terhidang tu.... dahla hari ni tak sempat nak beli nasi gara2 menunggu kat pejabat pos tadi ramai sgt org.. last2 balik opis rendam megi jek... aduhhh.. laparrrrrrrrrrrrrrrr...

    ReplyDelete
  8. wah nampak cam mabeles giler sedapnyer tu !

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...