MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, May 8, 2014

RESEPI SAMBAL UDANG UNTUK ORANG TAK ADA BLENDER ATAU LESUNG BATU

ASSALAMUALAIKUM...


AKHIRNYA tercapailah hajat ER untuk membeli udang besau di Endau. Bukan saja besau tapi penjimatan yang berganda walaupun bila isi minyak masa balik tu kena enam poloh hengget, hahahah. Yang penting kepuasan dan cabarannya. Hanya orang yang tahu sahaja yang tahu bagaimana rasa kepuasan itu tau. Bak kata Kak Ilah JY.. ada aku kesahhhh!! Hahahahahaha.


Untuk entri kali ini, Sk nak kongsikan resepi sambal udang untuk orang yang malas tak ada blender atau lesung pipit batu. Udang hasil pancingan ER di Pasar Endaulah ni. SK pulak memanglah pemalas tahap gaban dah sekarang.. huhu. Seperti yang anda sedia maklum (pengikut setia mesti tahu) cara Sk memasak teramatlah mudah dan main campak-campak jer tapi rasa meletops jangan main-main. Tak percaya tengok badan kitoranglahhhhh... kui kui.


Nak masak sambal udang ni kalau nak sedap senang ajer. Ikutlah petua Sk iaitu menggunakan api perlahan dan kecil. Nak lagi bagus masak guna kuali. Memang senanglah kita nak hayun sudip tu. Untuk masakan Sk sekarang Sk senang sekali gunakan cili giling jenama Puteri ni. Bagi sesiapa yang tak tahu, cili giling puteri ini dah siap garam dan asam ya. Tapi kalau kita dah tambah air (banyak)mungkin rasa masin masamnya tu dah kurang jadi bolehlah ditambah garam dan asamnya. Bawang tak ada tau, jangan nampak ada gambar bawang kat plastik tu ingat dah ada bawang. Sk suka guna cili ni sebab biji-bijinya semua dah lumat. Okey, kita bagilah nama dia Sambal Udang Puteri ek... takkan Sambal Udang Seri kandi pulak, malu ai tauuu.. hahaha. Oh, ya.. Sk memang tak masukkan belacan dalam sambal ya.


Sambal Udang Puteri 
Resepi : Seri Kandi Tanah Jauhar

1/2 kilo udang saiz sederhana
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar (lagi sedap guna bawang bombay) - potong dadu
1" halia (hiris kasar)
1 batang serai (diketuk)
5 sb cili giling Puteri
2 sb gula

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian kecilkan api dan masukkan bawang bombay. kacau sekali-sekala.
2. Sementara itu bolehlah bersihkan udang. Sk memang suka masak macam ni supaya tak boring, hehehe.
3. Sambil bersihkan udang tu, kacau-kacaulah bawang tu jangan hangus pulak.
4. Biasanya ngam-ngam kita bersihkan udang tu, bawang dah cukup masak, tak begitu garing dan dah naik baunya.
5. Masukkan halia dan serai. Kacau-kacau lagi dua tiga minitlah.
6. Kemudian masukkanlah cili giling. Kacau rata-rata sampai sebati dengan minyak.
7. Kalau rasa agak kering, boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan sebati.
8. Kemudian masukkan gula. Kacau rata agak gula tu dah larut, masukkan udang.
9. Masaklah sambil dibalikkan udang perlahan. Biasanya mengambil masa sepuluh minit dan bolehlah dihidangkan. Udang kalau dimasak lama ia jadi keras dan tak sedap.

Gila laju ER makan ni tauuuuuu...

p/s : Sk kalau masak udang memang kena bogelkan buang kulit badan siap-siap, tinggalkan kulit di ekor dan kepalanya sahaja. Dan kalau terlebih rajin buanglah urat hitam tu bagi mengelakkan hidung gatal lepas makan udang.. hehehe

Ini adalah karangan auto publish... harap maklum.






2 comments:

  1. Perghhhh memang mengancam betul sambal udang SK ni.. rasa nak beli udang sekarang jugak... dah telan air liur ni SK ooiiii :)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Tgk udang tu pun tau fresh. Nyummm sedapnya

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...