Assalamualaikum...
INI kali kedua Sk makan di Nonies Seafood Buffet Restaurant yang terletak di Pusat Makanan Laut Senibong ini. Kali pertama ketika meraikan hari lahir ibu Sk pada bulan Mac lepas dan kali kedua ketika meraikan hari lahir Encik Rizar, 30 April lalu. Tahun ini belum diadakan lagi acara potong kek berkrim dan tiup lilin masa hari jadi cuma ada acara makan-makan saja.
Kalau ikutkan Encik Rizar nak makan di Ong Shun SR sahaja tapi sebenarnya sejak mengunjungi Nonies kali pertama dulu, Sk terus sukakan tempat ni. Pakkal ajelah jauh nak datang dan malas nak bersiap-siap. Sk sekarang pun lebih rela memasak dari keluar menghadap jalan jem di sini sana. Bila SK cakap, lebih berbaloi makan di Nonies, ER pun terus setuju. Jadi, jomlah kita ke Senibong.
Suasana di Restoran Nonies yang berkonsep terbuka.
Kalau datang awal atau buat tempahan, bolehlah pilih nak makan mengadap laut.
Masa kali pertama dulu, SK mengadap laut lepas tu kali kedua datang pilih yang mengadap buffet.. kah kah kah.
Boleh dikatakan segala jenis makanan laut ada dihidangkan berkonsepkan gerai.
Ada gerai segala jenis kupang, lala, kerang dan kepah yang telah siap dimasak dan layan diri.
Bagi hidangan seperti ketam, udang, sotong dan ikan kita perlu minta dari pelayan.
Nak datang minta berapa kali pun tak kisah, dah bayarkan.
Tapi malu jugaklah kalau asyik muka kita aje yang mintak, hihi.
Selain dari tu, ada juga nasi putih dan lauk pauk seperti asam pedas ikan pari, gulai lemak udang dan masakan kari. Ada nasi lemak dengan sambal bilis petai dan sambal udang.
Gerai buah-buahan, pulut mangga dan masakan barat.
Tulah Sk suka giler makan kat sini.
Ketam Blackpepper favourite ER.
Tak tahulah berapa kilo ketam masuk perut.
Favourite Sk, Ketam Butter
yang berlemak-lemak ni memanglah kesukaan
Siakap Tiga Rasa
Nampak tak masing-masing belasah siakap seorang sebelah
Sotong Goreng Tepung
yang ni pun Sk suka giler
Udang Nestum
Sedappppp! Makan puas-puas
Kalau pergi tempat lain, makan udang aje dah kena berapa
Ikan bakar pun ada. Pilih jer nak ikan apa, nanti ada staf yang akan bakarkan.
Makan panas-panas cicah air asam dia .. woottt.. wooottt..
Mak mertua lalu pun tak sedau!
Pasal makan nombor satu kan!!
Tengok, sambung makan spaghetti ngan fries plak, kih kih kih.
Fish & Chips
cicah mayonis banyak, sedapppp!
Sambung makan lagi... Pulut Mangga
Masih mampu muncung itik lepas makan..
Dah.. dah... dah.. Jom balik!!
Waaa macam best aje, belum pernah sampai lagi sini..nanti bole try laaa...
ReplyDeleteTry la.. Mmg puas hati. Ni pon ada rasa nak memgulang lagi, hihi
DeleteWah...ada buffet seafood rupanya ya... Bertahun2 dah tak pergi Senibong. Berapa RM per pax tu kak
ReplyDeleteRM40 Aziela
Deletebestnya kak..tak pernah lagi pergi tempat ni..suka gak konsep dia..putih2 english gituu..haha..
ReplyDeleteCantik mmg tempatnya dgn suasana putih bersih
Deletebelum pernah makan kat sini walaupund dekat dengan rumah.
ReplyDeleteOrg umah dekat2 mmg ngelat nih
Deletewah
ReplyDeleteterliur tengok
sedapnya
Alhamdulillah, masakannya kena dgn selera
Deletedah dua kali ain repeat sini.. ketam butter dia memang favorite ain.hehhehee.
ReplyDeleteKan Ain, akk siap calit sotong goreng tepung ngan sos butter tu, hihi
Delete