TIJANI MOTORS - KEDAI KERETA IMPORT TERPAKAI PERTAMA DI PONTIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

BARU-BARU ini Sk dan Team JDT Blogger telah diundang ke Majlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors Sdn Bhd yang terletak di Pontian,  Johor. Masa mula-mula diberitahu tentang lokasi Tijani Motors ni, Sk memang tak ada masalah. Ialah, Sk memang kerap berulang-alik ke Pontian dan Pontian bukannya satu daerah yang asing bagi Sk kerana Sk sendiri bersekolah di Pontian sejak Darjah Tiga hingga Tingkatan Satu. Sebab tu apabila mendapat undangan ini, SK terus setuju aje dengan harapan tiada aral melintang ketika hari kejadian.


Haaa.. Inilah dia Tijani Motors Sdn Bhd.
Terima kasih Mama Maszul sebab izinkan Sk tepek gambar ni di blog Sk
almaklumlah, masa Sk sampai tu dah malam, hihihi.
Tijani Motors telah ditubuhkan pada tahun 2013 dengan nama Tijani Transport Sdn Bhd.

Di inspirasikan oleh "Misi Dekad Baharu Johor" yang diilhamkan oleh 
YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan,
Tijani Motors Sdn Bhd (ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd)
melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.

Penubuhan Tijani Motors adalah untuk menjadikan salah sebuah perniagaan automotif
 terutamanya dalam kategori kereta terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputra iaitu
 Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah bersama rakan niaga beliau Yamud Enterprise.

Tijani Motors bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian dan seterusnya akan meneruskan visi ke seluruh negara.
Bila tengok kereta import, kita tentu membayangkan harga kereta yang beratus ribu kan
tapi di Tijani Motors, tidak mustahil untuk anda memiliki kereta import idaman dengan harga berpatutan.
Wow! Berkenan betullah dengan Toyota FJ Cruiser ni.
Mengancam betul.. Jarang berlaku Sk jatuh hati dengan kereta tau.
Ni namanya jatuh cinta pandang pertama, berdebar pulak hati kita.

Ada yang ingin memiliki Toyota Vellfire ni?
Di Tijani Motors Sdn Bhd tidak mustahil ianya menjadi realiti.

Image may contain: 1 person

Pengarah Urusan Tijani Motors 
Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah 
di Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Kereta Tijani Motors Sdn Bhd
ketika memberi ucapan alu-aluan.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
 
Majlis Perlancaran Tijani Motors Sdn Bhd telah disempurnakan perasmiannya oleh
 YB Dato IR Hj Hasni Bin Hj Mohammad 
(Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya,Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor)

Antara perkara yang dinyatakan dalam ucapan beliau 
"kerajan negeri telah menyediakan 5 ekar tanah di Utara Pontian ini untuk dijadikan gelanggang track lumba kereta dan motor..Selepas ini diharap anak-anak muda dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah dengan adanya track lumba kereta dan motor ini Ianya juga akan dapat mengelakkan gejala masalah lumba haram..In sha Allah"


YB Dato IR Hj Hasni Bin Hj Mohammad
menandatangani bingkai perasmian Tijani Motors Sdn Bhd.


Antara wakil VIP yang hadir pada malam tersebut dari kiri YDP Pontian Hj Kamalludin Bin Haji Jamal, Pengarah Urusan Tijani Motors Datuk Hj Mhd Tahir, Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor YB Dato IR Hj Hasni Bin Haji Mohammad ,Ketua Polis Pontian Superintenden Mustafa Bakri Salleh dan akhir sekali adalah Pengarah Urusan Yamud Enterprise Datuk Syed Zulrushdi Bin Syed Abd Rahman.
(kredit gambar Mama Maszull)

Image may contain: 1 person

Tijani Motors Sdn Bhd ini terletak di persimpangan Jalan Johor - Pontian Kecil 
berhadapan dengan Restoran Mc Donald.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi

  En.Dzol : 013-685 4217
En.Fauzi : 010-7842879
 En.Ismail : 012-709 9908

Tel : 07-595 3752
Fax : 07-595 3753

No automatic alt text available.

Email : info.tijanimotors@gmail.com

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jom kita order sebijik , he he he he

    ReplyDelete
  2. Macam nak bawak balik sebiji je kereta mewah tu

    ReplyDelete
  3. ehh eh mana dapat gambar YB sain tuu..tak aciii..hahaha

    ReplyDelete
  4. Semua berkenan.
    Tapi dapat tenguk ajelah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum seri...bestnya nak bawa balik.satu boleh x...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!