MAKAN DI RESTORAN MONGGO ROSO

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT 


DAH hari isnin ek hari ni. Macam mana hari minggu semalam, mesti seronok duduk rumah, kan. SK semalam tak berapa duduk rumah sangat, tapi pagi rajin sediakan sarapan nasi goreng dan buat telur separuh masak untuk PI. Pukul 2, kami keluar tiga beranak bawa Vester buka jahitan dari Program Kembiri Minggu lepas tu. Haish! Nak tahu tak, rasa menyesal betul la hantar Vester ke program tersebut. Tapi, tu nanti Sk cerita. Ni kita cerita pasal makan dulu la.



Kali ni, Sk nak bawa pembaca ke Restoran Monggo Roso yang menawarkan sajian Indonesia. Restoran ini terletak di Taman Pulai Utama, bersebelahan Taman Universiti.  Datang berdua dengan Iman untuk makan malam.



Sebelum masuk, bolehlah belek-belek dulu menu yang diletakkan di hadapan restoran. Tepuk dada tanya selera, gitu. Kalau rasa sesuai, bolehlah masuk. Tapi, Sk memang dari awal dah berselera nak makan di sini selepas ianya asyik fyp di thread.



Menu Utama di sini tentulah masakan khas Indonesia iaitu seleksi penyet, geprek dan gepuk dengan pilihan ayam, lele (ikan keli), talapia, tempe & tauhu serta telur. Terdapat jugak pelbagai jenis Bakso seperti Bakso beranak, krikil, telur, urat, mercun dan tauhu. Menu yang membawa Sk ke Monggo Roso ni ialah Coto Makassar. Selalu tengok Kak Amie makan Coto jadi teringin sangat nak rasa keenakannya.



Untuk appetizer ada risoles dengan pilihan inti ayam, mayonnaise, chocolate cheese dan kunafa pistachio.



Pertama kali tengok menu Cilok, macam pernah dengar. Iman pun teringin nak rasa tapi habis pulak. Mujurlah beberapa hari selepas tu Iman beli cilok dekat satu food fest yang dia pergi. Memang sedap cilok ni.
Selain masakan Indonesia terdapat jugak masakan tradisi Malaysia untuk yang memang tekak Melayu.



Ada masak lemak cili api dengan pilihan ayam, ikan, daging dan udang.


Asam pedas pun ada dengan pilihan ayam,bukan, tetel dan daging.



Selain tu mereka juga menawarkan minuman istimewa yang terkenal di Indonesia seperti Pop Ais dan dessert Es Teller.



SK hantar gambar ni pada Kak Amie, terus Kak Amie jawab, Coto Makassar. Maknanya betullah ini Coto Makassar. Bimbang juga kena scam, maklumlah kita tak pernah jumpa, hihihi. Ni Sk pilih Coto Makassar Campur yang ada daging, urat dan paru. Kalau yang biasa ia ada daging sahaja. Coto ni datang bersama sambal cili merah mentah dan hirisan limau nipis untuk diperah pada Coto.



Iman pilih Nasi Penyet Ayam. Dia ni memang pusing-pusing itulah makanan yang dia suka makan di Indonesian Cuisine. Tak gepuk, penyet.



Pesan dua risoles, satu inti ayam, satu inti mayonese. Dua-dua terlalu sedap.



Es Teller ni lain sikit dari yang pernah Sk cuba di tempat lain. Yang ni dia ada roti yang dipotong dadu. Bagi Sk kurang sedap ada roti tu tapi Iman suka pulak. 



Tak tahu kena ke tak dengan citarasa PI kalau bawa dia ke sini. Tekak mamak kannnn, hahahha.


Ingatkan apalah Pop Ais. Rupanya dia macam Ice Blended, flavor dia boleh pilih dah siap dalam sachet macam minuman 3 in 1.



Coto makan dengan ketupat/ nasi impit. Daging lembu, urat dan paru dipotong kecil. Lembut jer bila dikunyah. Kita dah remaja purba ni kena hati-hati la makan sup yang panas berempah dan pedas ni kerana keupayaan untuk menelan tu dah tak sama macam masa muda remaja dulu. Sebab tu selalu tengok orang tua mudah tersedak, kan. Hirup pelan-pelan la Coto ni tapi Sk yang pempedas ni pun tak tahan ya dengan kepedasannya sambalnya jadi letak sikit aje sambal. Tapi, nak jugak repeat nanti, kita ajak PI sekali.


Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. menarik tgk menu nya...1st time tgk risoles perisa coklat cheese & kunafa pistachio

    ReplyDelete
  2. Tergoda betul tengok coto makassar tu. Sup Indonesia ni sedap selalunya, rasa segar badan lepas makan.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi cuba coto makassar. Nampak sedap dan legit tu. Harga makanan pun berpatutan.

    ReplyDelete
  4. Coto Makassar nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  5. Teringin nak rasa Coto Makassar tapi belum jumpa di mana-mana.

    Nama restoran ni buat saya teringat warung arwah Bapak - Monggo Mampir.

    ReplyDelete
  6. Minggu lepas kita jalan area sana nampak cafe ni Kak, tengok soto dia tu nampak menarik betul.. nanti nak singgah laaaaa

    ReplyDelete
  7. Nampak coto Makasar teringat Kak Amie.
    Ehh ada juga risoles coklat cheese dan kunafa pistachio ek. Pelik nau. Biasa jumpa risoles inti macam mayonnaise tu je. Nampaknya kita yang pempedas pun kalah dengan pedas ek. hihi..tapi tu yang sedap kan.

    ReplyDelete
  8. Sakit tekak SA baca bab 'remaja purba' nak menelan sup pedas tu SK, aduh haha! Tapi memang biasa la sup Indonesia ni sambal dia bukan kaleng-kaleng pedasnya. Bawa PI nanti confirm dia suruh cari kedai mamak pulak pastu...

    ReplyDelete
  9. Saya tengok gambar menu depan kedai tu, nampak coto makasar, pun ingat kak Amie. Saya pun suka menu ayam penyet atau gepuk atau geprek, boleh kawan dengan Iman. Es teller nampak menyegarkan, gitew... eh, kenapa dengan Vester? Musykil kita..

    ReplyDelete
  10. Aiiih kenapa pula Vester kak..

    Nama restoran berbau Jawa, tapi menunya ada Makasar Sulawesi (foto)yaa , dan ada menu Sunda (cilok) pula 😄. Tak apa, biar beragam 🤭.

    Saya sukaaaa sangat coto. Untungnya di JKT ada banyak perantau orang2 Makasar dan Bugis, sehingga tak susah menemukan restoran Makasar di jakarta. So, kalau rindu Coto, konro, buras, memang tak susah.

    Lihat dari foto dibatas, saya yakin sedap Coto nya 😍😍. Memang seperti itu Coto Makasar. Kuahnya pekat dan kuat rempah. Makan dengan buras kalau orang Makasar asli.

    Tapi es tele nya mereka modifikasi. Es teler asli, hanya pakai nangka, kelapa muda, alpukat , es serut, dan susu kental manis. Itu saja.

    Kalau dah pakai jeli, roti, mereka tambahkan sendiri.

    Macam nak juga merasa kan masakan Indonesia pas di JB nanti 😄😄. Nanti lihatlah, kalau sempat saya nak coba juga

    ReplyDelete
  11. Bila kata coto makasar teringat Cikgu amie. Nampak sedap menunya. Harga pun ok

    ReplyDelete
  12. Ayat pertama SK, “DAH hari isnin ek hari ni.” Hahahah…dah hari Jumaat baru kita sempat BW wak.

    Uih ada cilok. Ammi selalu tengok video org Indo buat cilok ni sampai tertelan2 liur masa dorang makan. Hahah.

    Nampak sedap nau coto makassar tu. Macam pekat kuahnya ek.

    Tp mmg betullah ye PI tu mamak? Apsal takde rupa mamak? I mean warna takyahlah cerita…hahahah rupa mukanya tu tak nampak pun kemamakan. Nampak mcm melayu yg sedikit “hangit” je ahahha. Matilanak kalau PI baca komen ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!