MISTERI DILAILA 1

Assalamualaikum…

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan dalaman

Alert Spoiler : 
Dah tengok Misteri Dilaila..  dan tertengok Version 2 sebab memang tak taw panggung mana tayang V1 dan panggung mana tayang V2. Yang Sk tahu,  nak pergi tengok di panggung yang dekat dengan rumah.. hehe.

 Kebetulan MBO U Mall ada tayangan pukul 8, jadi kita pakai terjah jer ikut nasib.
Nasib-nasib dapat tayangan Versi 2.. huwa huwa huwa.

Misteri Dilaila mengisahkan tentang Jefri (Zul Ariffin) dan isterinya Laila (Elizabeth Tan) yang bercuti ke banglo milik mereka di Fraser Hill.  Di sana mereka berselisih faham apabila Jefri meninggalkan Laila dan keluar bersama rakan kongsinya.  Keesokannya, Laila meninggalkan banglo mereka dan telefon bimbit Jefri turut hilang menyebabkan Jefri hilang arah dan membuat laporan di balai polis berdekatan.
Cerita best.. Ada unsur suspens,  seram dan misteri, berjaya tak tutup mata langsung. Lokasi penggambaran tu sendiri dah seram apa lagi bila diseramkan dengan bunyi-bunyian dan kemunculan makhluk-makhluk halus.

Sebetulnya sejak mula-mula Datuk Rosyam Nor muncul di cafe dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Azman kepada Jefri, kita ada rasa yang dia menipu.  Sebab macam tak logik aje laaa tiberrr ada inspektor polis yang datang cari pengadu tapi kita sedapkan hati mugkin sebab kes jenayah sifar di Fraser Hill tu sehingga polis tak ada kerja 😂
Lepas tu kita macam lupa kesangsian kita terhadap Inspektor Azman selepas kemunculan Namron yang membawa watak imam. Watak imam yang macam lurus bendul ni agak kelakar dalam serius. Sebenarnya setiap kali tengok muka imam tak tahu kenapa ada rasa nak tergelak tapi kutahan jua

Seperti biasa kita suka filem Syafiq Yusof sebab dia pandai twist plot sehingga kita jadi tertanya-tanya siapa betul,  siapa salah dan apa sebenarnya yang terjadi. Bila Sasqia pula muncul dan mengaku sebagai Laila,  isteri Jefri yang hilang, kita pulak jadi curiga pada Jefri 😆😆 lebih-lebih lagi apabila adik Laila sendiri mengaku itu memang kakaknya.
Di akhirnya nanti penonton akan tahu siapa Dilaila yang sebenarnya yang menjadi misteri nusantara sebenarnya pada kita sampai sekarang.. 😅😅

Dari segi lakonan, Sk kagum dengan Sasqia Dahuri yang berjaya membawa watak Laila (dalam misteri). Sasqia yang kita kenal jarang dapat watak utama tapi dalam filem ini Sk rasa wataknya lebih menyerlah berbanding dengan Elizabeth Tan yang jadi hantu jalan laju-laju.
Alangkah baiknya kalau tak perlu tunjuk sampai bahagian kaki, gunakan sesuatu yang bergerak untuk menggerakkan dia supaya nampak lebih real.

Kita juga suka lakonan Zul yang berani dalam ketakutan apabila dikacau makhluk-makhluk halus.
Tak jelas kenapa makhluk-makhluk ini hanya suka menyakat Zul aje, apa yang Zul buat sehingga nampak sungguh mendendami Zul, ianya tidak dijelaskan di situ.

Datuk Rosyam kita suka bila dia jadi psiko berbanding masa dia jadi inspektor, hehehe.
Dan kita suka watak seorang anggota polis (tak pasti pangkat beliau) yang Sk anggap hero yang tidak didendang apabila tiba-tiba datang di saat genting.

Namron tetap best walaupun wataknya nampak lurus bendul, hahaha.

Sk bagi 8/10

Okey,  nanti nak tengok V1 pulak.

#misteridilaila #makinchejalanjalan #reviewfilem


7 comments:

  1. Hihuuu..jommm nengok V1 lak..diorang cakap V1 lagi best..

    ReplyDelete
  2. Dah kena tengok 1 & 2 plak ek..waaa daya tarikan panggung ni...trick terbekkkk hahahahaha

    ReplyDelete
  3. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. uih..tak tau ler kalau tengok cerita ni kat pawagam macam mana..gaknya banyak tutup mata je...i penakut skit...haha

    ReplyDelete
  5. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete
  6. nak tgk movie ni asyik tak jadi je dengan member.. hahah

    ReplyDelete

  7. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih