Assalamualaikum...
SEMASA berbincang melalui whatsapp dengan Pak Inche tentang menu makan malam kami, Pak Inche bertanya, jika Sk nak makan di luar saja. Hurmm.. Makan di luar memang seronok, cuma pesan dan tunggu di meja. Habis makan terus jalan.., macam pacat, kenyang hisap darah terus jatuh, hahaha. Tambahan lagi bila ada orang yang bayarkan, kannn.
Tapi, mengenangkan malasnya hendak bersiap, Sk bagitahu Pak Inche, Sk tengok dulu apa yang ada dalam peti ais. Lepas tu baru buat keputusan. Tambahan lagi, kain baju bertimbun minta dicuci. Itupun mujur lebih sebahagiannya telah dicuci dobi semasa di kampung tempohari. Yang bingungnya mengenang baju di ampaian yang pastinya mahu di hanger atau dilipat. Aduh, sebut perkataan lipat aje pun dah rasa nak pitam oiii.
Sampai rumah, masa nak buatkan air sejuk untuk Pak Inche ternampak lebihan Kari Daging yang Sk masak semasa Iman ada minggu lepas. Bagus jugak ada kari daging, tinggal masak nasi dan goreng telur letak kicap, jimat tenaga Sk, hahahhaa. Tapi, bila Sk beritahu Pak Inche ada kari daging, dia kata nanti dia beli ayam untuk digoreng. Oh, tidak.. Sk cakap, Sk punya kerja bertimbun (alasan), kalau nak ayam goreng, silalah goreng sendiri, huhu.
Maka terjadilah ayam goreng Pak Inche ni, hahahha. Asyik tanya jer sedap tak ayam goreng dia.. Haruslah kata sedap, kan.. mengampu punya pasal, hahaha. Esok, gorenglah ayam lagi, pinta Sk. Tak nak, penattt masak, jawab Pak Inche. Haaa.. Taupun.. tapi hari-hari paksa kita masak... dah ngadap kerja pejabat, ngadap jem, sampai rumah nak ngadap kain baju lagi lepas tu kena pulak masak, huwaaaa...
Ayam Goreng Pak Inche Rajin
Ayam yang telah dipotong
Garam*
Serbuk kunyit*
Rempah kari daging/ayam*
Jus lemon*
Perap ayam dengan bahan bertanda*
Goreng dalam minyak panas hingga masak.
Siappp!!
Ayam goreng
ReplyDeletemakanan pebret rakyat Malaysia
Perghh Pak Inche dah ada resepi ayam goreng ni hahahaha...
ReplyDeleteMemang suka makan paha ek, sama kita , kalau boleh ayamnya nak beli paha semua, senang nak masak hahahaha
Kalau nak tau SA sangat kalah dengan bau ayam goreng...dari kenyang confirm lapar balik..SA dan ayam goreng memang tak boleh dipisahkan
ReplyDeleteresepi signature pak inche ni..hahahhaha
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*