Assalamualaikum...
DEBARAN kian terasa apabila anak-anak mula melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan di mana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan bermula esok selama seminggu. Hati ibubapa mana yang tidak gentar apabila anak menghadapi peperiksaan tambahan lagi zaman sekarang kejayaan seseorang diukur melalui pencapaian akademiknya. Begitulah yang Sk pernah alami suatu ketika dulu ketika Iman menghadapi UPSR malah sehingga menangis memohon dan merayu kepada-Nya.
Masa berlalu, pembelajaran tidak pernah berhenti dan peperiksaan sentiasa dijadikan kayu pengukur menentukan masa hadapan anak-anak. Mungkin ada segelintir ibubapa yang menganggap bahawa akademik bukan penentu kejayaan namun dalam dunia yang serba moden ini kita perlu akur kepada kehendak dalam dunia pendidikan. Walaubagaimanapun, usaha biarlah seiring doa dan tiada tempat lain untuk kita meminta pertolongan selain Allah swt selepas segala usaha yang kita lakukan.
Antara blog yang sering Sk jadikan rujukan sebagai amalan ketika anak menghadapi peperiksaan adalah blog Kak Mazelin Meseron DI SINI. Alhamdulillah, setiap pagi SK berkesempatan melakukan amalan ini sepanjang Iman menghadapi peperiksaan dan Alhamdulillah, Iman dikurniakan keputusan yang tidak dijangka pastinya berkat kasih sayang dan rahmat dari-Nya kepada kita yang tidak putus asa berdoa dan meminta.

Kepada anak saudara Sk, Indah yang akan menghadapi peperiksaan esok, bonda doakan semoga diterangkan hati dan dilapangkan dada serta dapat menjawab semua soalan mengikut kehendak soalan dan semoga kejayaan menantimu di masa hadapan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak yg menghadapi UPSR. aamiin
ReplyDeleteNext is PT3 hujung bulan ni...as usual mama memang berdebar habis la...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan peperiksaan calon2 UPSR
ReplyDeleteGood luck buat anak-anak semua, termasuk juga naka saudara Lin...
ReplyDeleteanak buah saya pun upsr tahun ni..moga semuanya dipermudahkan buat mereka..
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*