Assalamualaikum...
HURMM.. macam balas dendam jer ni. Minggu lepas kita tinggalkan dia lima hari, minggu ni dia pulak tinggalkan kita lima hari. Siapa lagi kalau bukan Pak Inche bushuk-bushuk Sk tu le, kali ni out station lima hari ke pantai timur kerana Program MyRumah sedang menjalankan kempen di Kuantan. Dalam masa yang sama, dapatlah Sk relaks selepas pulang dari misi Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan tu. Selesai jugak lipat dan gantung kain baju yang menggunung
😂😂😂
Walaupun ada hati nak jalan-jalan tapi dia punya malas nak start enjin tu, haiii.. Jadilah Sk macam ulau melingkau atas pagau. Bila tinggal sorang maka terpulang pada kita la nak makan ke tidak. Mula tu macam malas nak makan nasi sebab dah makan pengat (eh, belum cerita pasal pengat ek), tetapi petang semalam tetiba nak makan nasi berlaukkan sardin. Lauk sardin tu pulak nak yang paling simple, bukan dimasak kari atau sambal, gituhhh.
Tumis-tumis.. Campak-campak.. Maka terjadilah lauk sardin. Dah tinggal sorang, dah kelaparan maka tak kuasalah nak hidang dalam mangkuk. Ceduk nasi masuk pinggan, ceduk lauk sardin letak tepi nasi, terus makan dengan penuh perasaan, hihi. Siapa suka ratah bawang banyak -banyak macam ni kita geng. Ok, tahu.. Sunah bukan geng makan bawang, hahahahha.
Burppp! Alhamdulillah...
Hahahaa Saya laaa tu, kalau jumpa bawang, habis semua Lin korekkk...hahahahah..
ReplyDeleteKekeke Pak Inche pulak balas dendam ek..boleh sama plak tu 5 hari ek hahahaha
Sesekali makan sadin, sedap juga.
ReplyDeletekak, sardin kena ada partner, telur dadar dan nasik panas. perghhhhhh cili padi sebijik dua boleh jugak gigit2 sedapnyaaa
ReplyDeletehahahhahahah yeee!!! sis lin suka laaa makan bawang banyak2!
ReplyDeleteYa allah....masak sardin jer pun sebenarnya mampu buat SA langgar diet...sedapnyaaaaaaa
ReplyDelete