MAKAN-MAKAN DI KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
15
Assalamualaikum... 

BARU selesai melipat kain baju hasil tuaian seminggu,  hahaha.  Ialah,  kain baju terakhir yang disidai sebelum balik kampung Khamis lepas campur dengan kain baju bercuti.  Itupun nasib baik lebih sebahagian darinya telah dicuci siap di kedai dobi layan diri depan rumah mertua Sk,  kalau tidak lagi bertimbunlah nampaknya. 

Tapi..  kan...  Tu baru melipat.  Menyusunnya dalam almari entahnya sambung pagi esok, kahhhh.  Ni rasa nak tidur pun ada, taip entry pun sambil baring-baring,  hahaha.  

Sebenarnya,  ini hari pertama Pak Inche kembali bertugas pada hari Jumaat di mana syarikat beliau bekerja telah menukar kembali waktu bekerja dari Ahad hingga Khamis kepada Isnin hingga Jumaat.  Maknanya lepas ni cuti hujung minggu kami dah tak sama,  seorang cuti Jumaat,  Sabtu seorang lagi cuti Sabtu,  Ahad. Hurmmm..  Apo nak dikato,  yang menurut perintah katanya kannn. 


Disebabkan masa kami sampai ke Kuala Ketil tu dah petang,  kami bagitahu kak agar tidak perlu menyediakan makan malam.  Lagipun memang banyak kali juga berhenti makan sebelum sampai ke kampung.  Kebetulan ada pasar malam di Taman Bidara,  kami ke pasar malam untuk mencari lauk pauk mentah untuk dimasak keesokan hari.  Haaa..  Tu dia dah jadi lauk ikan goreng..  Hahaha.  Yang lain-lain tu stok dapur kak la tu.  Ada kari bawal,  gulai nangka,  kacang panjang goreng lada, ulaman dan sambal belacan. 


Pertama kali Sk makan Gulai Kari Nangka. Biasanya Gulai Lemak Nangka dengan ikan masin,  hehe.  Tapi sedap jugaklah buat gulai kari,  tapi Sk seorang yang makan gulai nangka ni,  Pak Inche dan Iman tak reti makan,  rugi..  rugi..  sedap nih!


Petang tu,  kak buat Laksa Penang pulak. Biasalah kalau balik kampung memang wajib buat Laksa Penang ni untuk adik busuk bongsu tersayang,  hahaha. 


Di kampung jugak,  Iman ajak makan Aat Char Kuey Teow tapi Aat tutup jadi kami pergi kedai lain.  Ini buat char kuey teow tapi Kuey Teow Udang.  Masih ada yang tak faham maksud char tu ialah goreng tapi ramai yang kata char tu goreng berkuah. Apa-apalah janji perut Sk kenyang,  hahah. 


Tapau pizza untuk kak. Nasib baik juga,  malam tu Kak Roz balik jadi suruh anak-anak sedara habiskan,  hahaha.  Sedap dohnya lembut gebu macam doh roti. 


Last but not least katanya,  Nasi Lemak wajiblah ada.  Macam biasa nasi lemak kak berlaukkan sambal kentang dan bawang,  ikan bilis goreng dan telur lenggang serta ayam goreng.
Bagi Sk setiap nasi lemak ada keistimewaan sendiri dan nasi lemak kak antara yang teristimewa sebabnya Sk tinggal makan jer,  hahahaha. 

Macam tulah sekali sekala balik kampung,  masa tulah si adik dapat melepaskan rindu terhadap masakan kakak, masakan isteri dah hari-hari hadap,  ya tak? 
😁😁😁😁
Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknya sesekali balik kampung, dijamu plak dengan makanan sedap2 kan...kalau SA ada kakak kan best...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ada kakak yg rajin masak utk adik2, dua2 kakak ipar kita cam tu

      Delete
  2. ya...char tu maksudnya goreng, tapi kalo pergi makan dekat King's Char Kue Teow kat Port Dickson, dia akan bezakan, ckt tu yang berkuah, kuetiaw goreng yang kering biasa...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Samalah dgn kedai akk makan ni, CKT yg berkuah tapi malas nak tepek gbrnya, ada kat ig Iman

      Delete
  3. Kalau rumah Mak, memang akan masak sayur nangka kari Kak, tapi selalunya masak lemak hahahah..
    Laksa tu tak menahan nengok...sambil mikir balik cuti sok pun mesti banyak baju kotor , nak lipat, nak susun ek adoiiiii malasnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah Lin, belum pi bercuti dah terbayang kerja balik bercuti tu, huhu

      Delete
  4. Samalah kita, balik kampung juga. Bab makan tu jadi itinerary penting bila balik kampung. Siap reques beforehand, nak makan apa. Padahal boleh je beli/masak kat rumah sendiri hihi...

    ReplyDelete
  5. kalau balik kampung..tak perlu makanan hebat2..telur dadar pun dah sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, telur dadar & sambal belacan pun boleh buat makan bertambah2

      Delete
  6. sedap2 belaka makanan tu. hmmm....kalau makan mcm ni selalu mesti PJK. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Sesekali layan selera kampung memang best

    ReplyDelete
  8. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!