Assalamualaikum...
ANTARA agenda utama Media FAM Trip to Tawau - Lahad Datu - Sandakan ini adalah bagi memeriahkan Festival Makanan dan Pertanian Sandakan 2019 yang diadakan di Bandar Kim Fung, Sandakan.
Jadi selepas Jejak Warisan Sandakan dan daftar masuk serta menyegarkan diri di The Pavilion Hotel Sandakan, kami ke Bandar Kim Fung untuk menyertai acara perasmian Festival Makanan dan Pertanian Sandakan yang dirasmikan oleh Puan Jamilah Ismail selaku Pengarah Tourism Board Sabah.
Pengunjung turut dihiburkan oleh Kumpulan Orkestra dari Sekolah Seni Sandakan. Kebetulan, sebelum majlis bermula, salah seorang dari ahli orkestra tersebut duduk di sebelah Sk lalu sempatlah Sk bertanyakan usia adik itu. Baru tingkatan dua dan menurut adik itu, ahli orkestra terdiri dari pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja. Adik itu juga memberitahu dia berperanan sebagai penyanyi dan pemain... Entah apa alat muzik yang disebutnya masa tu, Sk tak boleh nak tangkap, hahaha. Bila mereka semua naik ke pentas dan mengambil posisi masing-masing, terus terkagum dengan lontaran suara adik tadi yang namanya Carol, pehhh.. Sabahan ni memang nyata merdu dan nyaring suara mereka ya, cili apa mereka makan agaknya 😂
Selepas acara perasmian, kami beramai-ramai memeriahkan pentas. Memang happening sungguh kumpulan media yang hadir maklumlah semuanya kepala gila-gila remaja, hahahah. Lepas tu apalagi, masing-masing memburu makanan laa.. Sk sendiri berhajat nak cari makanan yang tiada di Semenanjung.
Antara makanan yang rare Sk jumpa di festival ni ialah Ubi Kayu Manis yang dimakan bersama sos santan yang lemak dan masin. Berbeza dengan kita di Semenanjung yang makan ubi dengan kelapa, di sini mereka makan dengan santan, memang sedap dan boleh dicuba nanti.

Antara gerai yang mendapat tumpuan ramai ialah gabungan dua buah cafe yang terkenal di Sandakan iaitu San Da Gen Kopitiam dan Ba Lin Roof Garden.
Chilli Soft Shell Crab & Scramble Roll
Crispy Salted Fish & Cheese Croquete
Chicken Avo Waffle Kelulut Honey.
Hampa sebab tak dapat beli UFO Tarts. Orang kata, kalau dah sampai Sandakan, wajib cuba UFO Tarts yang terkenal di sini.
Sunah beli kambing panggang.. Ni kat JB pun ada, kan.. Tapi dah tak tahu apa nak beli sebab kebanyakan makanannya sama juga macam makanan di Semenanjung.
Rosila beli Nasi Kerabu. Memang menggoda betul tengok kaler nasi tu, kan.
Makan berdua dengan Sunah di pelantar yang disediakan. Tengah makan datang En Shafikh dan Zayani bawa takoyaki dan roti jala coklat, lupa nak ambil gambar makanan dorang.
Sate di sini istimewanya sebab ada roti putih sebagai side dish selain nasi impit dan timun.
Lepas tu melepak kat depan pentas sambil makan cendol. Beli Chilli Crab tapi tak habis makan lalu paksa Kimi bawa balik habiskan kat hotel, hehehe.
Sedap semua makanan tu ha....i have 1 month to go...hahaha...pantang lagi...dan lagi...
ReplyDeletelapar terus tengok makanan tu semua kak..bestnya
ReplyDeleteKIta pun datang Sabah makan kambing chop hahahaha sebab peminat kambing kannn, pantang nampak hahahaha
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802