SAMBAL UDANG EMPAT EKOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum... 

TAK sah Pak Inche balik ke Johor tanpa hasil memancing di Pasar Beserah, Kuantan dan Pasar Endau,  Mersing. Pada mulanya Sk ingatkan dia taklah beli apa-apa sebab dia ada tanya dengan Sk kalau Sk nak Udang Galah Rompin.  Tak naklah udang galah yang hanya harapkan kepalanya  saja besar tu.  Kononnya gred A tapi bila buka bungkusan,  cicit udang pun ada,  dah banyak kali terkena memang Sk agak serik membeli udang galah frozen di Rompin.  Jadi,  Pak Inche kata dia tak belilah kalau Sk tak nak. Dan dia pun beritahu dah beli udang di Beserah.   Sampai jer rumah,  nampak Pak Inche bawa masuk kotak polisterin,  rupanya sebelum dia tanya pasal udang galah tu,  dia dah memancing sesungguhnya kat pasar pun. Pak Inche dan pasar ibarat irama dan lagu. 
😁😁😁

Maaflah gambar gelap, lampu meja blow sebijik, heheheh
Jadi malam tadi,  lauk Sambal Udang la kami dua laki bini.  Sk masak empat ekor jer,  seorang dua ekor.  Punyalah berjimat makan ek.. hahaha.  Sebenarnya di samping sambal udang ni,  Sk masak juga Kari Ayam.  Eh,  kenapa macam rajin sangat ek? Ialah,  lama ui dapur rumah Sk ni tak berasap.  Paling-paling pun goreng keropok aje,  hahahah. Sk dah selalu kongsikan cara Sk masak Sambal Udang.  Macam biasa cili kering dan bawang dah siap kisar tinggal tumis aje. Untuk sambal ni Sk tak gunakan air asam atau asam gelugor tapi Sk letak cuka.

Hurmmm..  Malam ni nak masak apa pulak ek??!


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. assalamualaikum seri...sedapnya...sorang 2 ekor udang yer seri...

    ReplyDelete
  2. malam ni da makan di pulai spring..ihihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau 4 ekor tapi besau gitu, puas lee makan hehehe

    ReplyDelete
  4. Mantapppp udang 4 ekor. Padanlah 4 ekor je. Ade menu sampingan hahahha

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tu ha udangnya besar...bestnya kalau dapat makan..malam tadi SA cheating..makan sotong..hahaha...sabar jer la...

    ReplyDelete
  6. cukup sangat tu 4 ekor..2 orang je kan... eh.. tapi tak pernah letak cuka..rasa sama ke eh

    ReplyDelete
  7. sedapnya! kalau udang besar cukup je 4 ekor ni :)

    ReplyDelete
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!