SEBUAH PENGALAMAN DI MYNE RESORT KINABATANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

Sambungan kisah
MEDIA FAM TRIP TAWAU-LAHAD DATU-SANDAKAN


CUMA 35 minit sahaja,
pesawat Maswings MH3156 yang membawa kami selamat mendarat di Sandakan.


Waktu penerbangan pendek hanya membolehkan kami dihidangkan kacang dan pilihan air mineral atau milo kotak. Huii..  Rugilah kalau minta air mineral kannn..  😁😁
 Dari lapangan terbang,  kami menaiki bas khas yang disediakan untuk ke Myne Resort Kinabatangan yang terletak di tepi Sungai Kinabatangan.


Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.



Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .

SUMBER



Kira-kira dua setengah jam menempuh perjalanan dari Lapangan Terbang Sandakan ke Bilit, akhirnya kami sampai ke Myne Resort Kinabatangan. Selepas menghilangkan dahaga dengan segelas minuman selamat datang, kami terus ke jeti yang terletak di Myne Resort bagi menaiki bot merentasi Sungai Kinabatangan menyaksikan kehidupan hidupan di pinggir sungai.


Bila dah berada di tengah-tengah sungai kedua terpanjang di Malaysia tu,  dalam kepala ni cuma terbayang buaya biawak buaya biawak.. hahaha..  takut tapi seronok,  Alhamdulillah..  tak ada buaya tapi dapatlah tengok spesies monyet yang tak pernah Sk jumpa kat tepi-tepi jalan tu antaranya Proboscis Monkey dan Pigtail Macaque. 



Dia punya ekor tu geram jer tengok rasa macam nak tarik-tarik,  menyampah pun ada tengok sombongnya dia bergayut-gayut di dahan buat show 😂
Selain tu ada jugak beberapa jenis burung..  ala.. burung pun nak jakun kan..  Itulah kita kena belajar tentang alam,  burung ke..  monyet ke..  semuanya makhluk Tuhan yang berbezanya kita ni antara makhluk yang paling bertuah di bumi Allah swt kerana diberi akal dan fikiran. 
Adeh..  Manalah pulak gambar burung Sk ni 😂😂😂


Siang makin tua,  matahari kian tenggelam,  burung pun dah pulang ke sarang bermakna kami juga perlu pulang ke resort. Tengok jam lagi lima minit menghampiri angka enam,  teringat pula matahari di Borneo lebih awal tenggelam dari Semenanjung


Badan pun dah longlai dan masham,  jomlah kita balik,  mandi dan solat.  Faham-fahamlah kalau ikut trip macam ni, masa tu mengejar kita ibarat pedang,  kalau kita tak potong dia,  dia potong kita.  


Bilik yang kami huni kali ini adalah untuk empat orang.  Kali ini Sk sebilik dengan Sis Lin,  Sunah dan novelis cintan cintun Illa Shanahila ko.


Selepas bersiap,  kami semua turun ke cafe untuk menikmati makan malam yang disediakan secara buffet.  Tengoklah pinggan Sk ni tak pernah tak penuh..  hahahaha. 


Oh ya, untuk aktiviti malam (Night Walk)  ni Sk tarik diri disebabkan masalah kesihatan.  Tak berani nak ambil risiko,  lebih-lebih lagi apabila membayangkan Jungle Walk yang Sk tempuhi pagi tadi sebelum ke sini. Jadi,  sebelum jadi apa-apa,  Sk tarik diri dulu la.  Sambil menunggu rakan media lain bergerak,  dengar macam kecoh-kecoh,  jenguk bawah lobi nampak macam ada sekawan gajah,  sekali tengok dekat..  lahhhh..  Khinzir rupanya 😤😤😤


Antara rakan media yang memasuki hutan di malam hari.  Kalau nak tahu kisah Night Walk ni,  anda bolehlah baca pengalaman rakan sebilik Sk ni

KISAH SHANAHILA

KISAH SUNAH

KISAH SIS LIN

Sementara menunggu rakan-rakan media pulang dari night walk,  Sk berehat di lobi resort bersama rakan dari tourism yang juga menarik diri dari aktiviti malam. Nak duduk bilik sorang-sorang?? Oooo..  Tidaklahhhh..  hahahaha.


Myne Resort Kinabatangan menawarkan penginapan chalet di lereng bukit dan menghadap Sungai Kinabatangan dengan bilik luas dan selesa serta kelengkapan bilik mandi yang moden.
Bilik berhawa dingin dengan kemasan kayu ini turut dilengkapi kipas siling dan bar untuk membancuh minuman panas.  Anda juga dibekalkan dengan tuala mandi yang selesa.  Jadi,  bagi anda yang mencari-cari penginapan selesa jika ke sini apa kata singgah ke Myne Resort Kinabatangan. 


Hari ketiga :
Seperti semalam,  aktiviti bermula seawal jam 6 pagi.  Sekali lagi kami dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan.  Subhanallah..  Sungguh indah ciptaan Allah swt.  Menyaksikan langit dan hutan sambil menyusuri sungai yang dalam membawa satu pengertian hidup yang sukar diungkapkan. 


 Percaya atau tidak,  kali ini kami terserempak dengan Si Bujang Senang yang menghuni Sungai Kinabatangan.. errrrkk! 
 Pastinya,  kami bukan dibawa dengan 'tangan kosong' apabila melihatkan buaya-buaya itu seperti tidak hairan atau mungkin tidak sedar kehadiran mangsa di sekelilingnya atau sememangnya buaya itu 'vegetarian' sepertimana kata penduduk setempat.


Selesai bermain mata dengan buaya dan monyet yang kelaparan mencari makanan,  kami pulang ke resort untuk menikmati sarapan pagi.


Selepas membersihkan diri dan bersiap, kami berkumpul semula di lobi sebelum bertolak semula ke Sandakan. Sempat jugaklah mengabadikan kenangan di hadapan lobi Myne Resort bersama Puan Ena dari Tourism Sabah dan Cik Puan dari Myne Resort ni.
Pehhh..  Perut i..  🙈🙈🙈

Selamat tinggal dan Terima kasih
Myne Resort Kinabatangan

Myne Travel Sdn Bhd
1st Floor,  Blok S,  Lot No 8B,
Bandae Ramai-Ramai,  Jalan Leila,  90000 Sandakan,  Sabah

No Telefon :
+608 9223366/ 223377

Fax :
+608 9223355

Email :
inquiryresort@myne.com.my
inquiry@mynetravel.com.my

Alamat :

Myne Resort Kinabatangan
Kampung Bilit,  Kinabatangan,  Sabah
+608 9278288 / 278291

 Jom kita menikmati makanan laut yang lazat di Pusat Makanan Laut Pasir Putih Baru 


Ikuti pengalaman rakan media yang lain dengan menyentuh tanda pagar
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sayangnya SK x pi night walk tu kan..tapi takpe la dari datang masalah pulak baik tarik diri..best betul dapa teroka alam macam ni...

    ReplyDelete
  2. hahahah...buaya vegetarian pun hadoooo...

    ReplyDelete
  3. untung la dapat tengok keindahan alam yang begitu hijau

    ReplyDelete
  4. Rindu Myne, rindu sama buaya-buaya...baik darat dan juga laut hahahahahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!