Assalamualaikum...
MASA bertemu Iman baru-baru ni, Iman kata, nanti belanjalah dia The Alley lagi. Dia dok teringat-ingat keenakan Creme Brulee la tu. Sk pernah sekali minum The Alley, Cikwa belanja masa jalan-jalan di sini dan Sk bukanlah peminat minuman pearl atau boba boba ni. Tapi, bila anak yang duduk jauh dah minta, eh.. Kita kesianlah pulak. Pak Inche pun kata, nanti kita carilah The Alley tu di Penang, siap suruh google lagi alamat, haha. Nak harapkan di Sungai Petani macam tak ada, Kuala Ketil, lagi laaaa.. hahaha.
Jadi, semasa jalan-jalan di Queensbay Mall, Penang, Sk carilah juga kot-kot The Alley ada kat situ. Tak dan pun nak google. Dahlah tekak sedang kehausan, terbayang keenakan brown sugar bersama creme brulee, hahahah, sekali ternampaklah Tealive. Terus teringat pertandingan Tealive dan Honda yang kawan-kawan blogger Sk promosikan tu, terus tanya dengan Iman, nak Tealive tak?
Iman kata, kan bonda kata nak beli The Alley. Haaa.. Dia tau dah tu.. Mak dia ni takkan sewenang-wenangnya beli air mahal manis ni dua tiga kali. Kalau nak, pilih satu aje, kalau dah dapat satu memang tak ada yang kedua 😝😝😝
Abaikan amoi dan pakwenya kat depan ni |
Staf Tealive sedang sibuk menyediakan minuman. Dasyat tul, semua perisa ada paip air berlainan. |
Tak apalah, bonda haus ni. Lagipun bonda nak masuk pertandingan Tealive dan Honda. Nanti Yaya tolong ambilkan gambar bonda ngan Stand Honda tu tau, hahahaha. Tengoklah, punyalah bonda menggelupur nak menang honda sampai sanggup bergambar depan kedai yang penuh dengan orang tanpa rasa segan, hahahaha.
Tertutup ngan jari pulak label Tealive tu harap tak kena reject la kannn.. huwaaaa. Nak ambil gambar lagi sekali, ada pulak orang tengah mop kat depan kedai. Yang pelik, sebelum kami beli tu tak ada pulak orang beratur kecuali adalah yang menunggu minuman masing-masing sekali lepas jer kami buat pesanan tengok belakang dah beratur panjang. Hurmmm.. Nasib sempat.
Perisa pilihan Iman, Strawberry Pudding, haaa.. Macam tulah lebih kurang namanya. Harga tak silap dalam RM8, tinggi jugaklah saiz cawannya. Rasa lemak, manis dan masam bersatudengan puding tu yang lembut jer lalu ke anak tekak tapi kata Iman dia pernah minum jenama xxx yang lagi lembut puddingnya. Jenama apa? Nanti Sk cuba dulu betul ke tak betul kata Iman tu 😍😍😍
Oh, ya.. Siapa yang nak tahu macam mana cara nak menang Honda dengan Tealive tu, bolehlah google sendiri ya. Sk tak nak beritahu nanti susah lak banyak saingan, kahhhhhh!!
Oh, ya.. Siapa yang nak tahu macam mana cara nak menang Honda dengan Tealive tu, bolehlah google sendiri ya. Sk tak nak beritahu nanti susah lak banyak saingan, kahhhhhh!!
hahahahahaha...kemain taknak share cemane nak menang honda tu yek..kihkihkih...
ReplyDeleteboleh tu menang.. kalau menang tu dapat honda jazz perghh.
ReplyDeleteAyat last tu winnn...hehehe...apapun all the best...
ReplyDeleteAda rezeki mana tau bawak balik Honda Jazz wooo...hehehehe
ReplyDeleteSemoga berjaya dpt Honda tu Kak!
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*