"KETAM tak ada ke?" Tanya Sk kepada Pak Inche semasa beliau balik dari Kuantan dan membawa hasil pancingan dari Pasar Beserah dan Pasar Endau minggu lepas.
"Ada.. Tapi macam tak berapa nak elok," jawab Pak Inche.
Pak Inche tanya sama ada Sk nak makan ketam, tapi Sk saja tanya pun. Ada jugak rasa nak makan tapi Sk ni sebenarnya paling kuat pun makan ketam dua keping (iaitu seekor ketam yang dibelah dua), hahahahaha.
Jadi, bila semalam Pak Inche beli ketam di Pasar Tani dan hantar gambar ketam dah bersiang di WhatsApp rasa macam terharu gitu. Tapi, bila sampai rumah tengok kain di ampai tak berangkat, di mesin tak berbasuh, di katil tak berlipat.. semua rasa terharu terus terbang, rasa nak ku gulai ketam dengan Pak Inche sekali
😝😝😝😝😝
Jadi, dari angan-angan nak masakkan Ketam Lada Merah (Bercili) terus jadi Ketam Lada Hitam 😂😂
Sangat mudah memasak menggunakan Sos Lada Hitam Ready Made ni. Dah ready made, mestilah senang, kan. Eh, tapi tak jugak, kita kena tumis dulu hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga wangi, barulah masukkan rencah lada hitam ni. Ketam juga kena goreng sehingga separuh masak terlebih dahulu.
Hasilnya Masakan Ketam Black Pepper yang sedap macam kat
Tak percaya, cubalah!!
geng sis lin ni, suka sangat makan ketam! tapi dia lebih dari 2 keping..hahahahha
ReplyDeletePasti sedap
ReplyDeleteSA kalau dpt makan ketam x cukup sekor de...paling2 3 ekor paling besar..ketam ni x jadi lauk..elok untuk diratah je
ReplyDeletelama dh x makan ketam dan kawanannya. tengah cuba kurang seafood intake
ReplyDeleteAlaaa tgok ketam teringat ketam salted egg. Sedapnyaaa heheehe
ReplyDeletehahahhahahaha..sampai hati nak gulai ketam kan pak inche . hahahaha..
ReplyDelete