LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF
SEMAKIN KETANDUSAN
SK MELALUI zaman remaja dengan lagu irama melayu 1990-an,
seperti lagu-lagu Noraniza Idris dan
Dato' Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah di mana irama Malaysia
telah bermula sejak era 80-an lagi.
Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik
yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper
dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak
seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung
legasi.
Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada
sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk
diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".
SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU
MUNCUL DALAM SENI MUZIK???
Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50
tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga, Muar, Johor.
Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian
sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK
JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID"
KENAPA EMBAH JID???
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya
dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG
BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah
melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru"
PROFIL EMBAH JID :-
- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -
Melihat profil beliau, terasa bangga dengan segala
pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di
dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka
disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai
lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu,
Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa
Cinta".
LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN
EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA
Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana
satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di
hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu
berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan
kesopanan yang perlu ada.
Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan
tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan
bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu),
3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin
Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan
arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.
Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman.
Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid
dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni
tarian irama Malaysia.
Ikuti
lagu irama Malaysia ni kita suka lagu2 tok ti dengan noraniza idris la kalo dulu2...
ReplyDeleteMudah-mudahan nanti anak-anak muda suka nak menyanyi dan mendengar irama malaysia ni..
ReplyDeleteTahniah embahjid semoga urusan lagu joget nanti berjalan dengan lancar.
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*