DABOBA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum... 

KISAH berjalan di Penang bersama Iman,  Iman kata,  dia ternampak ada seseorang yang membuang cup Daboba dalam tong sampah.  Justeru tu maknanya dia nak Daboba la kan.  Tapi, bila Sk dah beli Tealive tu macam tak ada harapan pulak dia nak Daboba.  Ialah,  bukan sewenang-wenangnya bonda nak beli air mahal manis banyak kali. 

Pusing punya pusing satu mall tetiba nampak Kedai Daboba kat tingkat atas.  Hurmm..  Jom kita beli Daboba pulak.  Iman buat muka tak percaya mak dia nak beli Daboba,  hahaha. 

Tengok orang memang ramai tapi yang beratur dah tak ramai,  jadi kami pun beratur.  Kami bertanya amoi cashier tentang penutup cup tu ada yang leper ada yang bentuk bear, apa bezanya?  Rupanya keduanya perisa sama iaitu Brown Sugar Fresh Milk cuma yang leper tu Roasted iaitu dibakar permukaannya selepas ditaburkan brown sugar (serbuk) jadi kami pilih Roasted walaupun hati teringin cup yang ada kepala beruang,  hahahah. 


Bagi Sk,  jika nak dibandingkan rasa boba antara The Alley dengan Daboba,  keduanya mempunyai perbezaan tetapi keseimbangan yang serupa.  Macam The Alley,  kita boleh rasa mak oi,  manisnya boba dia tapi rasa manis tu diseimbangkan dengan susu yang tawar berbeza dengan Daboba,  bobanya agak tawar tapi rasa brown sugarnya lebih kuat dan memberikan rasa yang seimbang kepada minuman itu. 


Tengah menunggu Daboba kami siap tetiba eh ramai pulak yang datang beratur.  Penangan boba betul ek,  sampai semua orang tergila-gila termasuklah Sk.  Tapi,  Sk bukan suka minum sangat.  Lebih kepada nak rasa jer dan mengikut trend,  maklumlah..  blogger katakan..  Uhuk uhuk! 


Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Setakat ni SA blom rasa lagi mana- mana air manis...tengah cut sugar kan...heheheh...tapi nampak menarik...

    ReplyDelete
  2. Waaa Mak Inche pun hunting Boba gak ek ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!