Assalamualaikum...
KADANG tak faham dengan Pak Inche yang lebih rela menghabiskan masa berjam masuk ke Melaka semata-mata untuk makan asam pedas atau nasi lemak dengan ikan bakar. Sk pulak jenis yang nak cepat sampai dan tak suka duduk lama-lama dalam kereta. Kalau boleh, cuma berhenti rehat dan rawat sahaja. Tak kisahlah kalau tak ada makanan sedap, makan roti dengan minum kopi dalam tin pun layan, hahahaha.
Berbeza dengan Pak Inche yang sukakan perjalanan yang santai. Kalau boleh sepanjang-panjang perjalanan nak ikut jalan kampung. Dia kata suka tengok pemandangan kampung. Kalau lalu di highway cepat bosan dan mengantuk maka mulalah dia terkuap-kuap, huwa huwa huwa.
Melayankan tekak Pak Inche la ni, nak makan asam pedas. Tapi dia minta juga pendapat dan keputusan Sk, nak makan Asam Pedas Hajah Mona atau Asam Pedas Claypot. Lepas tu, dia tanya lagi.. Nak makan asam pedas ke ikan bakar? Ehhhh.. dia ni kannngg.. 😝😝😝
Dengan kuasa veto yang ada, Sk memilih untuk makan di Asam Pedas Claypot, Taman Kota Laksamana. Malam Jumaat, tak full house seperti hujung minggu. Boleh duduk dengan tenang dan makan dengan tenang.
Bila ke sini, Sk suka makan roti canai yang dicicah dengan asam pedas. Sebenarnya roti canai ni datang satu set dengan kuah kari jadi kalau nak cicah asam pedas, kenalah minta asam pedas, hehe.
Minta kopi o panas dengan harapan mampu berjaga menemankan bapak supir tapi seperti biasa, kopi o mantul, tak lut langsung. Masuk aje Seremban dah ke mana-mana mimpinya, hahahaa.
Minta juga Set Nasi dengan Asam Pedas Tetel. Macam biasa ia datang bersama kubis goreng dan sambal belacan serta telur masin.
Puas makan malam tu. Pak Inche siap order kerang rebus, nampak seronok pulak dia meratah tapi Sk macam tak terliur
Nanti hilang rasa asam pedas tetel, hahahahaha.
Burpp! Alhamdulillah...
sedap asam pedas melaka ni...nanti akak ajak pak inche cuba kat asam pedas lot 85 lakk
ReplyDeletekita suka pergi yang kat telok Mas sebelah sekolah tu..Memang port makan asam pedas.Sebab tak suka masuk bandar Melaka...hahahha
ReplyDeleteaduhhh aduhh aduhh sedapnya bondaaaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sedap tu, terbau bau asam pedas kat skrin henpon saya hehehe..
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*