Assalamualaikum...
SIAPA kata tak ada?
Kalau anda berada di Gelang Patah dan tetiba teringin nak menyedut segelas Coconut Shake yang sedap, jomlah kita sekali lagi singgah ke Medan Selera Iskandar Malaysia iaitu di R&R Coconut Shake. Di sini bukan sahaja ada Coconut Shake tau tapi juga ada Mango Shake dan Green Tea bagi peminat green tea.

Pilih nak yang mana satu?
Bagi Sk semuanya sedap untuk disedut walaupun ketika cuaca hujan, hahahah.
Ais yang dikisar bersama isi dan air kelapa muda bersama satu skup ais krim vanila di atasnya. Sedut punya sedut tak sedar habis segelas, hehehe.
Bagi peminat green tea, anda pasti sukakan rasa green tea yang harum serta lemak susu yang bergabung di dalam segelas minuman ini.
Terjatuh cinta dengan Mango Shake sampai terbeli segelas lagi, hihihi. Menggunakan buah mangga yang ranum dan harum, ia dikisar bersama susu dan ais dan bagi membangkitkan rasa anda bolehlah kaut potongan-potongan mangga di dalam minuman ini.
Selain dari tu banyak lagi minuman lain yang boleh anda dapati di sini seperti boba dan cincau yang menjadi kegilaan. Ada juga corn in cup, waffle, durian crepe dan pelbagai kudapan lain yang menyelerakan.
Jom lah kita ke R&R Coconut Shake
Medan Selera Iskandar Malaysia
Gelang Patah, Johor.
mango shake & coconut shake tu suka..greentea tk suka
ReplyDeletekak, telan air liur kita ni kakkk
ReplyDeleteKat Seremban pun sama ada satu je tempat coconut shake sedap...
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802