TIAP MALAM NGADU LAPAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
Assalamualaikum...

WALAUPUN setiap malam, makan malam disediakan, tapi.. asal pukul 10 ngadu lapar.
Ajak keluar makan mee celuplah, roti canailah, nasi gorenglah. Hurmm.. ingat SK rajin ke melayan? Kalau pukul 8 malam tak apa jugak, dengan esoknya nak kerja lagi. Lepas tu nanti SK pun mesti ter-join makan sekali, kan... kwang kwang kwanggggg!


Entah kenapa semalam mood SK macam rajin pulak nak melayan malah sejak awal SK dah bagitahu Pak Inche kalau lapar nanti malam kita pergi Burger Mak Busu. Tapi kan, yang sebenarnya SK yang teringin nak makan burger Mak Busu tu, hahahahahaha. Tapi, sayangnya disebabkan malam tadi hujan, jadi kansellah nak makan burger Mak Busu. kita makan Yong Taufu ajelah.


Banyak ambil Deepfried Beancurd jerpun tapi bila sampai penuh semangkuk beso. Pak Inche kata, kalau tak habis bungkus bawa balik. Hah, jangan nak ngada, makan sampai habis. Bawa balik buat penuh peti ais lepas tu karang sampai ke sudah tak dimakan., huhu. 

Dan berjaya jugak laki bini habiskan, burpppp!
Alhamdulillah..

Apa dia?? Kedai Yong Taufu ni kat mana?
Dekat Kampung Melayu jer awak... apa namanya, Aris ke apa? Hahaha.
Nantilah SK buat proper review ya.. kena pergi lagi sekali nanti, hahah.

Padahal masa ni baru lepas makan Laksa Johor Sedap Namatey.. haaa.. BACA KAT SINI KISAH LAKSA JOHOR SEDAP NAMATEY tu

siap repeat order tau!!





Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau makan jam 8 tak kenyang puas-puas .. confirm tengah malam jadi lapar. hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahhaha nanti review tau burger mak busu tu

    ReplyDelete
  3. Pernah gak tengah malam lapar tapi bangun minum air then tido..malas nak layan perut lapar..elok nyenyak sampai pagi...

    ReplyDelete
  4. Samalah
    asal malam lapar
    asal lapar malam

    ReplyDelete
  5. Yaaa kedai Yong TauFu ni sedap, dekat gan rumah Mak..kalau nak makan YTF mesti beli kat sini..depan YTF ni ada kedai makan, dah cuba lunch situ? Sedap hehehehe

    ReplyDelete
  6. pasni kalau lapar lagi malam buatkan aje quaker oats secawan.

    ReplyDelete
  7. perghhh.. rajin jugak kak seri dah malam2 pegi makan jauh2 gitu sampai ke kg melayu.. haha

    ReplyDelete
  8. hahaha sabar jela ya... layankan aje.. best apa asyik ajak makan.

    ReplyDelete
  9. hehehe..tak layan kang dosa pulak..jadi kena layan..sesambil tu kita layan tekak sekali..hahahha

    ReplyDelete
  10. lagi lagi musim sejuk hujan ni. memanjang perut minta makanan.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak makan YTF...Sedappnyaaaa!

    ReplyDelete

  12. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!