Assalamualaikum...
KALAU sebelum ini Sk pernah kongsikan tentang Beriani Bonda House yang menghidangkan nasi beriani terbaik Johor, hari ini SK akan kongsikan satu lagi hidangan yang boleh anda nikmati di Beriani Bonda House iaitu Laksa Johor. Sk ke BBH baru-baru ini, semata-mata hendak menikmati laksa Johor air tangan pemilik BBH iaitu Cik Nil. Jadi, sebaik sahaja menyapa Cik Nil, SK terus bertanyakan tentang Laksa Johor. Dah selalu makan nasi beriani Cik Nil, jadi hari tu teringin nak mengubah selera pulak.
"Kena tunggu 10 minit tau, laksa Johor lambat sikit," jawab Cik Nil. Laksa Johor punya pasal, tunggu pun tunggulah, hehehe.
Laksa Johor di BBH ni disediakan khas bila ada permintaan. Maknanya kita akan menikmati sepinggan laksa yang fresh dari ladang. Berkobar pulak semangat nak makan laksa bila terdengar desiran kuah yang ditumis di dapur.
Bila sepinggan laksa dihidang depan mata, terus wow!
Inilah baru Laksa Johor. Spaghetti yang disimpul atau dichap, dimasukkan ke dalam pinggan, disiram dengan kuah laksa yang kaya dengan isi ikan dan rempah serta timun yang dipotong bulat beralun-alun, taugeh yang bersiang, hirisan daun kesum dan daun selasih serta sambal belacan dan limau kasturi yang dibelah dua. Ni kalau di rumah, memang dah guna tangan menyuap, hahaha.
Spaghetti yang direbus sempurna sebab selalu jer terkena bila beli laksa Johor dapat spaghetti yang sedikit lembik sebab direbus terlalu lama, kuah laksa yang pekat dan agak berempah serta sambal belacan yang sedap. Kuah tu nampak macam sikit tapi bila dah digaul, eh.. cukup ngam pulak, hahaha.
Nak tambah lagi, boleh??
Disebabkan sambutan hangat pada bulan Ramadhan lepas, makan BBH masih menawarkan Set Dulang Nasi Beriani yang mengandungi lauk kambing beriani atau ayam masak merah, telur, acar, papadom dan dua gelas minuman sirap.
Beriani Bonda House
Dibuka setiap hari kecuali rabu
Waktu operasi : 9 pagi - 6.30 petang
📍No 29, Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
📞012 7933310
Facebook Beriani Bonda House
Instagram @BerianiBondaHouse
Ingat nak buat JJCM area Muar cuti sekolah nanti...dah cakap dah kat adik awal- awal..hehehe...x tau la kalau bleh lajak sampai ke JB
ReplyDeleteWowww kalau datangnya begini sedap, 10 minit pun brbaloi gak menunggunyaaa kan...peberet kita Laksa Johor..
ReplyDeleteselalu jugak nampak kedai ni bila lalu kat BBU tu
ReplyDeleteNasib baik you bagi no phone..dah call..laksa Johor xde..during PKP...he2
ReplyDelete