Assalamualaikum...
"AKAK, kalau datang Ipoh jangan lupa cuba makan di Konda Kondi tau," cadangan dari Ina, rakan mukabuku Sk ketika Sk bertanyakan tentang tempat makan menarik di Ipoh lama dulu. Masa tu, Iman belum belajar lagi di sini dan Ipoh ni antara tempat persinggahan kami untuk #jjcm setiap kali balik dari kampung Pak Inche di Kuala Ketil.
Tapi, tahu sajalah. Setiap kali datang ke Ipoh, masa mencemburuiku. Bukan sahaja kekangan masa tapi juga kekangan perut yang dah makan Nasi Vanggey atau Nasi Ganja atau Nasi Kandar di Ipoh. Tapi, dah beberapa kali datang ni macam dah tak heran sangat nasi bagai tu dan kedatangan untuk melawat Iman kali ni dapatlah Sk singgah makan di Cafe Konda Kondi yang terletak di tengah bandaraya Ipoh.
Ketika kami sampai, tiada satu meja pun yang kosong tapi beberapa meja kelihatan pengunjungnya sedang menghabiskan sisa minumam di gelas. Staf Konda Kondi meminta kami menunggu sebentar, ianya petanda bagus bila ada staf yang mengambil tahu kehadiran pelanggan walaupun dalam keadaan yang sibuk. Tak lama kemudian kami dijemput duduk di sebuah meja yang baru ditinggalkan pelanggan. Staf tadi dengan pantas membersihkan meja, memang tip top servisnya. Kami diberi peluang membelek buku menu sebelum staf lain datang mengambil pesanan.
Nachos Macho's RM11
Terkejut 🙊 bila ia sampai ke meja sekelip mata selepas pesanan diambil. Mak aihhh.. Pantasnya. Nachos dihidangkan bersama Daging Kisar Berlado, pedas uiii. Kami yang kategori kuat pedas ni pun tak menahan. Pertama kali la jumpa Nachos gaya nogori ni, hahaha. Kalau anda tak suka pedas, ada pilihan nachos lain yang tidak pedas.
Spicy and Creamy Spaghetti RM13
Pasta ni sampai saing dengan Nachos tadi. Mungkin ini antara menu laris di sini jadi ia sentiasa dimasak dengan banyak. Cuma bagi Sk sosnya tu terlalu banyak macam nak buat mandi pulak, hahaha. Ia mengingatkan Sk masa makan di sebuah cafe di JB yang meletakkan sos atau kuah terlalu banyak dalam masakan.
Lamb Chop RM18
Pilihan Iman. Daging kambing yang dipanggang dengan limpahan sos blackpepper yang sedap, tidak terlalu masin, makan sampaj menjilat garfu, hahaha.
Untuk Pak Inche pulak Beef Steak Sirloin RM19, juga dengan sos yang sama. Sk bagi 4 bintang untuk hidangan steak, lamb dan chicken grill di sini kerana meletakkan side dish yang berlainan, taklah semua bantai letak coleslaw, salad dan kentang goreng sahaja.
Boleh dikatakan persembahan makanan di sini dengan harga yang ditawarkan amat berbaloi. Sk rekomen siapa yang ke Ipoh bolehlah mencuba hidangan western di sini dalam suasana yang klasik dan rustic.
Sehingga jumpa lagi di siri makan-makan yang lain, Wassalam.
comey nama kedai dia.. makanan2 pun nampak osem =D
ReplyDeletespicy n creamy spagheti tu kuah dia cheese ke. kemain banjir hai..meleleh tengok.haha. Ipoh memang terkenal dengan makanan kan. teringin nak travel ke sana. nak cari char kuey teow famous tu.hahahaha
ReplyDeleteWorth try kan...nampak makanan dia murah betul tu...
ReplyDeleteBestnyaaa menu dia, nampak banyak cheese...sedapnyaa...
ReplyDeleteIman sukalah tu kan, bila dapat makan beramai-ramai walaupun bertiga aje..lain rasanya ...
spaghetti tu sedapnya nampak..murah jugak harga kat situ kan
ReplyDeleteAdmin numpang promo ya.. :)
ReplyDeletecuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng
"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM
DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^
his is very nice one and gives indepth information. thanks for this nice article.. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.
ReplyDelete