SARAPAN DI CITITEL BOLEH TAHAN JUGAK SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 


CERITA santai-santai sajalah hari ni ya.  Kali ni Sk sajalah nak tulis tentang kisah bersarapan seorang semalam di Cititel Midvalley Hotel Kuala Lumpur. Tak silap Sk ini kali kedua atau ketiga Sk pernah menginap di Cititel ni.  Cititel ni tak macam kebanyakan hotel yang harga bilik merangkumi sarapan pagi untuk dua orang atau sesetengah hotel menyebut percuma sarapan pagi untuk dua orang.   Tapi tak silap Sk harga penginapannya mengikut jumlah tetamu,  kalau seorang tetamu cuma dapat sarapan untuk seorang sajalah.


 Jadi,  disebabkan Pak Inche pun pagi-pagi semalam dah nak ke pejabat jadi dia suruh Sk pergi sarapan seorang la.  Sedih beb sarapan seorang,  tapi sedih-sedih pun empat pinggam kau balun,  hahahahaha. 


Pinggan yang pertama,  seperti biasa pilihan Sk,  American Breakfast.  Banyak jugaklah pilihan yang ada seperti ikan,  ayam,  hashbrown,  sosej, corn,  bean dan semua sedap kecuali ada chicken slice tu masin ya amat,  huhu. 


Tengah fikir nak makan apa lagi,  nampak chef bawa Putu Mayam. Cepat-cepat bangun ambil sekeping bubuh kelapa banyak-banyak. Sk kalau makan putu mayam memang suka kelapa banyak,  teringat dulu-dulu ibu kata budak-budak tak boleh makan banyak kelapa nanti cacing,  huhu. 


Lepas tu ambil buah dan bubur nasi sesenduk.  Sedap bubur nasinya,  condiments yang disediakan pun ada kelainan dari hotel-hotel lain. Masa ni dah kenyang sangat tapi sebab bosan duduk bilik,  kita makan sajalah pelan-pelan.  Nak pergi jalan kat sebelah takut duit pulak berjalan,  hahahah,  lagipun masih awal lagi belum 9.30 pagi pun,  mall pun belum buka. 


Masa nak ambil bubur nampak cucur manis,  teringinlah pulak,  Sk memang peminat segala cucur. Ambil tiga biji jer cicah dengan inti telur mayonis,  eh sedaplah pulak.  Lepas tu minum teh tarik secawan,  haiiii... apalahhh nak jadi Sk uiiiii!! 
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahah banyak jugak tu kak! tapi makan pelan2 ok la kannn...

    ReplyDelete
  2. Tudiaaa..sensorang tapi banyak kali bertambah tu ha..SA pun kalau check in mana- mana hotel nak rest..memang makan sensorang...

    ReplyDelete
  3. Kira okay gak Akak layan sorang-sorang, kalau Lin adeii tak senang makan di buatnya macam ada orang perhati aje hahahaha

    ReplyDelete
  4. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!