Assalamualaikum...
KUNUNNYA pagi ni nak ajak Pak Inche bersarapan di sebuah kopitiam tapi tahulah Sk ni kalau tak ada hal, tak mungkinlah rajin sangat nak keluar semata-mata untuk bersarapan, hahaha. Jadi, memikirkam dari terpaksa bersiap cecantik semata untuk pergi bersarapan, baiklah buat sarapan sendiri di rumah.
Pak Inche pulak jenis tak kisah.. Orang lelaki apa ada hal nak bersiap. Pakai baju dan seluar dah boleh jalan. Cuma Pak Inche ni jenis oramg yang tak sarapan berat waktu pagi. Sk ni pulak yang jenis nak makan banyak, hahaha. Eleh ko Sk, pagi petang siang malam memang kuat makan pun, hahahah.
Setelah bertungkus lumus di dapur, siaplah American Breakfast seorang sepinggan.. Sambil makan sambil mengenang, apalah anak yang seorang tu makan. Mesti makan biskut aje tu sebab Iman ni pun sama macam babahnya jenis yang lambat ambil sarapan.
Egg & Chips katanya... Inilah menu sarapan yang Sk teringin nak makan di kopitiam tu. Masak sendiri walaupun dikata lebih terjamin bersih tetapi ada masanya kita nak rasa istimewa, kan. Ni dah tungkus lumus sediakan bahan memasak, lepas tu kena masak, lepas tu kita jugak kena basuh dan mengemas, huhu.
Aikk! Merungut nampak??
Hahahahha... Saja meluah perasaan.
*Tak sabar tunggu cuti deepavali nak jadi mem! 😂😂😂
mana chips nya kak?
ReplyDeletesekali sekala sarapan pagi di luar amat bagus juga..
ReplyDeletehidup ini perlu dinikmati dan disyukuri
salah satu daripadanya ialah makan di luar dan ini mendorong minda bawah sedar bahawa hidup sangat best.
kesannya nanti hati akan jadi tenang,gembira dan bahagia.
secara tidak langsung rezeki akan datang berondong-bondong
Kalau SA, x cukup ni..eh teringat plak kacang panggang ada beberapa tin kat rumah tu...x berusik lagi..
ReplyDeleteHahahaha kalau kita tak cukup kenyang ni, sarapan kita berat sebab brunch hahahaha...lagi kalau ada Suami, jam 10am dah bedal nasi padang hahahaha
ReplyDeletekenapa ku bayangkan rupanya lain.hahahaha. kenyang ke tu??
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802