Assalamualaikum...
MELAYANKAN anak tekak Pak Inche yang nak makan Asam Pedas di Kampung Sungai Melayu. Kalau diikutkan, memang malas nak keluar makan sekarang tapi bosan jugalah asyik masak jer, kan. Dah masak nak kena kemas dan cuci periuk belanga jadi SK pun setuju sajalah. Lagipun, sejak jalan baru dibuka di belakang taman rumah SK menghala ke Gelang Patah, semua destinasi rasa macam dekat jer dan cepat sampai, tak perlu lagi mengadap kesesakan di lampu isyarat.
Restoran Sri Pantai, itu nama sebenar restoran yang terletak di tepi kuala ni, kuala la kot, SK pun tak reti nak sebut apa. Nak pergi ke sini dari jalan besar memang jauh menyusur ladang kelapa sawit sampai ke dalam. Kalau tak kerana ada papan tanda tunjuk arah restoran, mungkin SK dah ajak Pak Inche patah balik. Maklumlah, malam-malam, macam-macam terbayang, hahaha. Tapi semangat tu kuat sebab SK pernah sampai ke sini suatu ketika dulu, tapi masa tu siang la. Walaupun pernah sampai tapi ini kali pertama kami makan di sini.
Kalau dah ke sini, mestilah nak makan asam pedas, kan. Kami diberi beberapa pilihan ikan seperti siakap, pari dan merah. Pak Inche pilih ikan merah, SK ikutkan aje. Kami minta kuantiti untuk dua orang makan, besar jugaklah mangkuk yang sampai tu, ingatkan cuma ada dua keping ikan rupaya empat ko. Puaslah makan ikan dan menghirup kuah, hahaha. Asam pedas Johor yang asli, cukup masam dan pedas serta pekat, tak jemu menyudu dalam mulut, hihi.
Yang di depan sekali tu tahu apa? SK ingatkan bila pulak ada order Sayur Chap Chai rupa-rupanya Sotong Telur Masin. Huk aloh, kenapa begitu sekali ropenyer, hahaha. Sedikit berminyak, ia dipenuhi potongan halia dan bawang serta carrot, sotongnya sikit bebeno, jumpalah juga serpihan-serpihan telur masin. Tapi dah itu stailnya, takkan nak marah, ya tak.. hahaha.
Uish pekat likat kuah asam pedas tu ye. Sebenarnya nak turun Johor tengah bulan ni, boleh masuk dalam list nanti.
ReplyDeletemenggodanya asam pedas ni. pekat betul kuahnya.
ReplyDeleteMerah pekatnyaaa kuahnya tu Kak, nampak sedap, mesti dari jauh dah berbau wangi asam pedasnya kan...
ReplyDeletewahhh nampak pekat gilerrr asam pedas tu kak! mesti best hiruppp
ReplyDeletememang sedap....siap mintak telur dadar sepinggan lagi masa makan kat situ
ReplyDeleteHaih sedapnya, asam pedas telur dadar...superb combination
ReplyDeleteuih..sedap asam pedas kat situ...sekali jelah ke situ, entah bila lagi gamaknya nak sampai
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802