Assalamualaikum...
BERIKUT merupakan perkongsian artikel yang dirasakan bermanafaat yang Sk baca di laman mukabuku yang Sk ingin kongsikan bersama pembaca yang budiman.
Rupanya Kajian Ini Buktikan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Pakai Emas..
Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas terhadap kaum lelaki, padahal ianya bukan barangan yang haram.
14/10/2019
Aduan
Tentu kita pernah mendengar bahawa Islam melarang kaum lelaki memakai emas. Selain itu, benda lain yang bercampur dengan emas yang kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan antara emas dan campuran logam lainnya. Maka, hukumnya tetap juga haram.
Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas terhadap kaum lelaki, padahal ianya bukan barangan yang haram.
Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas. Ternyata bukan kerana takut kaum wanita disaingi tetapi kerana ada alasan lain yang baru ditemui yang dibuktikan pada abad ke-20 ini.
Berikut Hadisnya :
Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya membuka cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim.
Ternyata pada abad ke 20, para ahli fizik telah menyelidik hal ini dan kemudian menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu "menembus" ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kaum lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka, didapati penemuan di dalam darah dan urin akan mengandungi atom emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan istilah migrasi emas).
Dan apabila ini terjadi dalam jangka masa yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer.
Sebab jika tidak dibuang, maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan menyebabkan penyakit Alzheimer.
Alzheimer adalah suatu penyakit di mana seseorang itu kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti kanak-kanak.
Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara individu yang terkena penyakit Alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Ealdo Emerson dan Sugar Ray Robinson.
Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ?
"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi."
Itulah sebabnya Islam mengharamkan kaum lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.
Inilah alasan agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun silam. Padahal baginda tidak pernah belajar ilmu fizik.
Allahuakbar. SUBHAANALLAH. Semoga dengan maklumat ini kita khususnya sebagai seorang Muslim dapat mengambil hikmah dari larangan ini dan diteguhkan iman kita agar tetap taat menjalankan Perintah Allah dan menjauhi laranganNya melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.
CATATAN :
Untuk wanita yang sudah manopaus sebaiknya ketika tidur malam perhiasan emas jangan dipakai. Semoga bermanfaat.
Sahabat Insaf Akhir Zaman
Isnin 15 Safar 1441
Monday 14 October 2019
23 :09 pm Malaysia ⌚
Sumber (S.I.A.Z)
Media (S.B.313)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepakai pendrive emas pun tak bolehla kiranya? hahaha
ReplyDeleteSimpan emas boleh
ReplyDeletetapi jangan lupa bayar zakat bila cukup haul
owh itu sebabnya rupanya..selama ni tak pernah cari kenapa, thanks kak seri!
ReplyDeleteThanks atas perkongsian, selama ni tak tau sebabnya...
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete