AYAM MASAK MERAH LAUK NASI JAGUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...

DI PEJABAT Sk, setiap Khamis pagi kami ada program Membudayakan Al-Quran. Program membudayakan A-Quran atau kami sebut MBQ ini akan dihadiri oleh seluruh warga kolej tidak kira jawatan sama ada kakitangan atau pelajar. Dan selepas program MBQ tu akan ada sesi jamuan untuk staf di mana kami memang ada bayaran bulanan untuk sesi jamuan ni. Giliran menyediakan jamuan dibuat secara bergilir antara staf dengan sedikit peruntukan dari yuran kelab staf. Terpulang kepada staf yang berkenaan jika nak menambah peruntukan dengan wang sendiri, tiada paksaan.


Menu Khamis lepas, Nasi Jagung. Walaupun kita pesan untuk 60 orang makan tapi sukatan nasinya macam nak makan 100 orang. Lalu, SK yang penyanyang ni pun, bawalah balik setupperware nasi anggaran cukup untuk SK dan Pak Inche. Nasi ajelah yang ada lauknya habis ya, hahaha.


Jadi, semalam.. terjadilah Ayam Masak Merah ini untuk digandingkan dengan Nasi Jagung.
Ayam Masak Merah SK ni ringkas jer resepinya, nak kata macam tak cukup bahan, ya juga, hahaha. Sebab biasanya SK guna tomato puri tapi sebab tak ada, SK guna tomato sos aje. Eh, jadi juga dan sedap pula tu, yang penting.. nasib baik ada stok kacang pea, kira cukuplah bahannya tu, kan.. janji masak... hahahaha.

Ada lebih lagi tu, harap lepaslah untuk perut Pak Inche tengahari ni. Maklumlah, sekarang cuti weekend kami dah tak sama. Jumaat Sk tinggal seorang, Ahad Pak Inche pula kena tinggal, pandai-pandailah ya nak hidup kalau tak ada Mak Inche kat rumah, hahahaha.

Burpppp! Alhamdulillah...



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nakkk .. tolong post ke sini please

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa nasi jagung... lama dah tak makan. huhu susah nak cri ni. Nak masaknya malas kikiki

    ReplyDelete
  3. Biasanya jumpa kat kenduri kahwin aje r bila raya

    ReplyDelete
  4. Alahai..sedapnya...lama x makan ayam masak merah...

    ReplyDelete
  5. Anak-anak kita paling suka ayam masak merah, kalau hari-hari pun katanya takpe..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!