Assalamualaikum...
TRIBUTE To The Old & Inspiring The New
begitulah tagline San Da Gen Kopitiam yang sempat kami singgah sebelum daftar masuk ke Lapangan Terbang Sandakan. Agenda sebenar, sepatutnya kami di sini pada semalamnya tetapi disebabkan tidak mahu ketinggalan menjejakkan kaki ke Pasar Tamu, ia ditunda dan mujurlah pemandu pelancong kami, Gary bijak mengatur masa, dan "surpriseeeeeee" jeritnya sebaik sahaja bas berhenti di hadapan Bangunan Hotel Nak yang terletak di Bandar Sandakan.
Hilang kempunan bila nampak Tart UFO yang terkenal di bandar Sandakan tersaji di atas meja. Crust tart ini merupakan kepingan kek yang pendek tetapi gebu berhiaskan icing yang dibakar sedikit serta inti kastard yang enak. Bau telur sedikit hanyir namun perahan jus lemon pada kastard dan keunikan rupa tart yang seakan kapal angkasa membuat kita leka menyuap ke dalam mulut.
Kami juga dihidangkan dengan Cream Puff yang begitu gemuk dan bulat ini. Rupanya seakan Japanese Cream Puff yang rangup dan rapuh di luar, gebu di dalam dengan rompong udara bagi memuatkan inti yang sempurna. Rasanya inilah pertama kali Sk jumpa puff sebesar ini, hahahha. Tak boleh dibayangkan betapa besarnya piping beg yang digunakan dan luasnya muncung atau nozzle yang dipasang untuk membentuk puff besar sebegini. Walaupun besar, namun ia dibakar sempurna, sungguh perfecto!
Cream Puff dengan inti durian. Wallawehhh.. sedapppp...!
Sedikit luar biasa apabila avocado dijadikan inti cream puff. Rasa kelat dan mentah agak sedikit mengganggu ketika menyuap ke mulut. Mungkin jika di dizzle dengan sedikit coklat cair kita mampu menghabiskan sebiji puff ini sambil membayangkan menyedut segelas alpukat dari Bandung, hihi.
Salted Egg Lava French Toast
Kepingan roti yang disapu mentega dan dibakar garing dengan sedikit sapuan madu.
Bila dibelah, muncullah lava mengalir ibarat letusan gunung berapi. Intinya salted egg yang sungguh mewah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Jangan lupakan signature drinks di San Da Gen iaitu Cincau yang dicampur dengan susu.
Terlebih dahulu kami dibawa menaiki lif di Nak Hotel menuju ke Ba Lin Rooftop Bar & Restaurant bagi menikmati pemandangan Sandakan.
Facebook SAN DA GEN KOPITIAM
Alamat : Jalan Pelabuhan Lama
90000 Sandakan
No Telefon : 089-238 988
Waktu operasi : 8 pagi hingga 5 petang
Nota : Program lawatan ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.
Perkongsian pengalaman peserta boleh dilihat di laman sosial melalui tanda pagar #VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates
Nota : Program lawatan ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.
Perkongsian pengalaman peserta boleh dilihat di laman sosial melalui tanda pagar #VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates
wowww.. nampak rare makanan dia.. ufo tu cam best je.. haha
ReplyDeleteRasa rugi datang sini time tu dah kenyang, kalau laa datang memang nak makan dan lapar, tentunya habis licin ku bedal cream puff tu huhuhu
ReplyDeleteteringat2 pulak durian cream puff tu! sedappp gilerrr
ReplyDeleteHaih....saje buat SA terliur ni....aduyai...SAlted egg lava tu buat SA terpana....dapnyaaaaa
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802