MAKAN DI WARUNG SANTAN DAN SAMBAL.. MACAM MAKAN DI RUMAH IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


HAMPIR terkehel kepala sejak Sk perasan, sebuah restoran baru dibuka di sebelah Bakery Shop yang terletak di Taman Pulai Perdana 2. Apa tak terkehelnya sebab sambil memandu, sambil nak baca apa yang tertulis di papan tanda kedai, haha.  Ini adalah laluan Sk pulang kerja setiap hari jika tidak melalui lebuhraya Perling, dan ia amat mengganggu perasaan ok. Pendek kata, selagi tak singgah menjamu selera di sini, selagi tu hati rasa tak tenteram, kahhhhh.
(Gambar dari FB Warung Santan dan Sambal)


Disebabkan Pak Inche agak kurang gemar restoran dengan konsep begini, dia kan lagi suka kedai tomyam, haha, jadi, Sk bercadang untuk datang masa Pak Inche bertugas membuat liputan bola. Rezeki datang lebih awal bila Pak Inche ada mesyuarat Kelab Media Johor, jadi, Sk saja-salah hantar whatsapp ke Warung Santan dan Sambal ni untuk mengetahui waktu operasi.  Sporting pemilik restoran ini apabila menghantar gambar Nasi Lemak Burger yang merupakan salah satu menu yang terdapat di restoran ini.


Menurut Chef yang bekerja di Seberang Tambak ini, arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan beliau tidak dapat berulang-alik untuk bekerja dan setelah berbincang dengan isterinya, mereka suami isteri berpakat untuk membuka restoran di kawasan perumahan yang mereka duduki.


Dengan tagline.. Macam Rumah Ibu, beliau berharap air tangannya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan terutama mereka yang sentiasa rindukan masakan ibu dan buat permulaan, chef menawarkan masakan local yang menjadi kegemarannya seperti Nasi Ambeng, Nasi Minyak dan Nasi Goreng serta bercadang untuk menampilkan menu western dan pasta bagi menunaikan permintaan pelanggan yang datang di sebelah malam.


Nama warung pula digunakan untuk menaik taraf kedudukan warung seiring dengan tahun 2020. Warung kini dilihat lebih moden dan bergaya berbanding warung konvensional yang dibina secara terbuka dengan bangunan ala kanopi.


Memasuki ruang 'warung' yang didefinasikan Chef Shafiee, pasti menggamit golongan mereka yang sukakan kelainan terutama instagrammer. Kiranya, kalau nak ootd dalam warung ni pun memang cukup cun sangat dah, hahaha.


Nampak tak deretan minuman yang disediakan di atas para tu? Dengan setiap pembelian main course, boleh minum semua tu, free flow.. suka hatilah nak minum sampai kembung pun, kih kih.


Pilihan Iman, Nasi Goreng Daging Black Pepper. Nasi goreng sedap dan daging black pepper tu pun amat terasa tau. Nampak jer hitam tapi bak kata iklan, hitam itu menawan, gituuu.


Nampak tak platting dia.. kemas dan bersih. Kalau siapa yang mental suka ambil gambar makanan macam kami ni, memang sukalah tengok susunan cantik dan kreatif macam ni.


Disebabkan Sk cuma makan waktu pagi jer hari tu, datang ni dah pukul 4.30 petang, jadi SK yang kelaparan memilih Nasi Ambeng. Untuk lauk nasi ambeng, kita boleh pilih nak Gulai Lemak Udang, Ayam Rendang atau Ayam Masak Merah.


Pilihan Sk, Ayam Rendang. Tak silap Sk, masakan rendang yang disediakan adalah rendang stail nogori yang menggunakan cili hijau. Sedap rendangnya, memang masuklah kalau dimakan dengan set nasi ambeng ni cuma lain kali nak request serunding lebih la.


Bukan tak cukup kenyang, tapi orang kata, rezeki jangan ditolak. Yang ini, Popia Sira Sambal. Ada tiga pilihan popia tak silap, Popia Biasa (cicah sos), popia cheese dan popia sambal ni. Sedap tau, salutan sambal dia perfect dan tak pecah berderai pun popia ni bila digigit, rangup dan lembut.


Iman makan dua, Sk makan dua... Iman cakap lebih sedap dari popia sambal yang dia selalu beli buat sarapan sebelum masuk kelas kalau di Poli, hihi.


Bandung Gummy Bear dan Milokrunch.
Ni sajalah nak bagi tebal lemak kat badan yang tak cukup tebal ni, hahahaha.


Penduduk Pulai, jom ramai-ramai datang, boleh dapat diskaun 10% tau.

Warung Santan dan Sambal
Taman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Johor
(dekat dengan Dominos)

Telefon : 0182342468

Tutup Jumaat










Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap pula tengok gambar-gambar makanan

    ReplyDelete
  2. Haloo kak, blogwalking here. done follow blog ini. wah, kalau gi sini, boleh singgah kedai ini. presentation makanan superb dan nampak sgt melazatkan.

    ReplyDelete
  3. setiap meja ke ada pelita lampu tu? cantik la..

    ReplyDelete
  4. Menjejes air liur tengok semua makanan tu..sekali ngan decoration dia pun nice

    ReplyDelete
  5. Waaa instagrammable betul tempatnya laaa...cantikkkk...nak pergi laaaaa

    ReplyDelete
  6. howwwwwww org snap gmbr makanan cantik2 yaaa.. i failed selalu

    ReplyDelete
  7. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!