Assalamualaikum...
KEENAKAN Nasi Kandar datang daripada aroma kuah yang dicampurkan dengan rempah ratus yang dilimpahkan ke atas nasi yang lembut, wangi dan menyelerakan. Itulah antara kata-kata yang dikongsikan oleh page fb Nasi Kandar Hijrah. Semasa PKPB yang lepas, bila dah bosan hari-hari makan nasi campur, tekak teringin nak makan nasi kandar di pejabat, sayangnya kawan-kawan pejabat Sk ni tak ada yang lidah DKK macam Sk ni, hahaha, jadi Sk telah membuat pesanan online setelah tak tahan beberapa kali iklan Nasi Kandar Hijrah ni lalu lalang di wall fb.
Orang kata, kalau dah sedap tu, maka mestilah nak repeat lagi. Walaupun masa kali pertama buat pesanan online tu, makanan lambat sampai kerana runner tersangkut dalam hujan lebat, tapi Sk tak serik bila membuat pesanan kali kedua. Untuk kali tu, berkali-kali Sk pesan supaya runner tidak lambat sampai kerana Sk sengaja memilih slot petang untuk dibawa pulang. Tak puas hati la selagi tak buktikan pada Pak Inche dan Iman, NKH ni memang betul-betul padu!
Tak silap Sk, baru tahun ni aje Sk tahu kewujudan NKH ni. Sekarang ni di JB, kedai nasi kandar dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Asyik nampak ada page-page restoran yang menyajikan nasi kandar, ada yang Sk dah cuba macam Nasi Royale JB dan Nasi Lemak Royale Kedah dan jujur Sk katakan, selepas mencuba NKH ni, memang Sk dah tak pergi yang lain, huhu.
Mungkin disebabkan penghantaran melalui runner, semua kuah dan lauk pauk nasi kandar akan diasingkan dari nasi. Macam dalam gambar ni ialah Nasi Kandar Ayam Goreng, setiap set tu memang datang dengan tiga jenis kuah, sejenis sayur, telur masin dan cili hijau berharga RM9.90 sahaja.
Sabtu lepas, sempena hari meronggeng, hahaha, Sk telah mengajak Pak Inche ke Restoran Nasi Kandar Hijrah yang baru sahaja dibuka di Taman Molek. Oh, ya.. sebelum ni NKH hanya menjalankan perniagaan secara take away dan delivery sahaja, kira macam Pizza Dominos la masa mula-mula buka dulu, jual take away aje, haaa.. gitu.
Lari dari konsep restoran nasi kandar yang biasa Sk pergi di Pulau Pinang, Restoran NKH menampilkan rekaan dalaman kedai seakan kita berada di zaman kolonial. Tema hitam putih yang diketengahkan serta lukisan yang diterjemahkan ke dinding restoran kelihatan menarik dan menambah selera menikmati sepinggan nasi kandar.
Selalunya Sk memilih lauk ayam atau sotong tapi semasa menunggu giliran di kaunter makanan, sedulang ikan bawal goreng panas, baru sahaja diletakkan. Rezeki bawallah nampaknya kita, syukur Alhamdulillah, sedap bawalnya, sampai terlupa jari masih sakit, tak mahu makan guna sudu garfu sebab nak merasa nikmatnya cubit ikan gaul kuah campur suap ke mulut, kih kih.
Pak Inche dan Iman pilih ayam goreng, Pak Inche tambah Kurma Kambing, amboi, sedap betul nampak dia makan, haha. Masa makan, kami ditegur oleh pemilik NKH bersaudara, ingatkan orang Penang rupanya semua Johorean.
Sk tanya Pak Inche, nak cendol tak? Tanya jer, sekali rupa-rupanya pekerja yang ambil order tu masukkan cendol dalam pesanan kami, haha. Nasiblah semangkuk aje. Jadi, Sk cakap, letak ajelah cendol tu, berkongsilah kami cendol tiga beranak, sedap jugak cendolnya.
Tak pernah tak 'eat clean'.. itulah Sk yang anda patut kenal, hahaha. Licin tu maknanya dua aje..
Satu - Lapar, Dua - Sedap, hahahaha. Burpppp... Alhamdulillah! Syukur selalu.
Nasi Kandar Hijrah
No 25, Jalan Molek 1/5C, Taman Molek, JB
Buka setiap hari 8.30 pagi hingga 8.30 malam
Kecuali Ahad
Pesan Online? Whatsapp 018 2772951
Selamat menjamu selera
ReplyDeletenampak sngt menyelerakannnn
ReplyDeleteada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856