PENGHIDAP MYSOPHOBIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum...

MYSOPHOBIA adalah ketakutan berlebihan dan tidak masuk akal terhadap kontaminasi bakteria, kotoran, debu, kuman, dan risiko infeksi penyakit. Mysphobia juga dikenal dengan fobia kuman atau fobia kotor. Seseorang yang memiliki fobia kuman akan menghalalkan segala macam cara untuk menghindari paparan bakteria. Misalnya dengan menghindari kontak fisik seperti berjabat tangan dengan orang lain atau memegang tombol lif. Mereka juga akan melakukan berbagai cara untuk membersihkan tubuh dan lingkungan sekitar mereka dari kontaminasi bakteria, dan menjaganya agar tetap selalu bersih.

Sejujurnya, Sk bukanlah seorang yang begitu teliti tentang kebersihan. Setakat berjabat tangan atau menyentuh butang lif, bukanlah kefobiaan bagi Sk. Tekan butang ATM, pegang tombol pintu, pegang tong sampah, penyapu atau apa saja, semua okey. Cuma Sk ni ada satu perangai iaitu terlalu kerap mencuci tangan terutama jika hendak memegang makanan. Kalau dulu, semasa Sk jadi bakers, Sk mencuci tangan berkali-kali sehingga terpaksa menggunakan dua tiga helai tuala lap tangan. Ialah, kalau asyik basuh dan lap, tentulah tuala tu cepat basah. Nanti ambil lagi yang kering, lap, lap, lap, dah basah, tukar lagi, hahaha.

Contohnyalahkan, kalau dah tersentuh tombol pada oven tu, fikiran Sk akan fikir di tombol tu ada kuman, nanti cuci tangan. Pegang plug, rasa plug ada kuman, cuci tangan lagi. Nanti buka laci nak ambil barang, rasa pemegang laci tu ada kuman, maka cucilah tangan lagi. Tu kalau di dapur, kalau di kolej pulak, sama jugak, sekejap-sekejap cuci tangan. Pegang tombol pintu, pegang duster, pegang marker pen, semua tu rasa penuh kuman, nanti balik kalau ada sampah dan tak jumpa lagi air lepas tu, memang taklah Sk nak buka penutup tong sampah tu, fobia betul.

Bila SK cerita ni, mesti korang ingat Sk ni seorang yang pembersih dan pengemas, kan.. hahaha. Pembersih tu betullah, tapi pengemas tu taklah teruk sangat. Kalau atas meja pejabat tu selagi tak esoknya cuti, memang tak berkemas betul-betul. Kemas gitu-gitu aje. Kat rumah pun sama, kemas asal kemas. Tapi jangan yang berkait dengan makanan, yang itu memang Sk teliti, mesti nak bersih-bersih sebelum bahan mentah dimasak, pinggan mesti cuci bersih, batang-batang sudu tu semua kena sental, hahaha.


Jadi, disebabkan persediaan memasak tu dibuat di atas table top kabinet dapur, Sk selalu fobia yang atas table top tu akan ada kuman. Tu satu, kalau dah dilap guna kain, baru sekali lap jer, Sk terus fikir kain tu dah tak boleh pakai sebab ada kuman dah lekat kat situ terutama kuman E-Coli yang dikatakan suka duduk kat kain lap dapur, hahaha. Jadi dalam kepala mesti terbayang e-coli... e-coli... e-coli... ishhh.. takuttttt!. Jadi, setiap kali jumpa tuala basah dan tisu dapur, Sk memang akan beli banyak jadi lepas lap terus buang. 


Masa PKP lepas, kan Pak Inche yang keluar beli semua barang rumah, Sk tak ikut. Pak Inche ni pulak jenis yang suka beli barang yang dah ada nama. Contoh eh, ubat gigi.. tak adanya dia nak guna cap lain selain Colgate atau Darlie. Kalau sabun basuh kain, Breeze la yang dia tahu, sabun cuci pinggan pulak, jenama X ni. Sk ni tak suka cap X ni sebab ia keras, keras macam batu. Sampai nanti dah hujung-hujung pakai pun masih keras dan pecah-pecah. Sk lebih suka jenama Harimau Kuat. Tapi, masa PKP tu, ada sekali Pak Inche beli cap X ni la, Sk pun guna ajelah. Dan tanpa disedari, hari demi hari, rupanya kulit jari Sk kalah dengan cap X ni. Bila dah PKPB, keluar jalan-jalan, asyik guna hand sanitizer sana-sini, keadaan jari-jari SK semakin teruk sampai nak makan pun terpaksa guna glove. Tu kalau nak makan lauk ikan la, senang nak cubit, kan. Kalau tak, Sk makan guna sudu garfu jer, hihi.


Bukan nak main tuduh-tuduh la, Sk rasa memang sabun jenama X tu la puncanya tapi disebabkan kerap guna hand sanitizer, kerap cuci tangan, keadaan jari-jari Sk ni makin teruk. Dah pakai losyen pun sekejap aje okey, lepas tu dia akan jadi gatal mengenyam-ngenyam. Sk pulak, bila dah gatal, dalam kepala fikir kena cuci, pergilah cuci lagi guna sabun pencuci nyah kuman, hahaha. Sambil cuci, Sk akan picit jari-jari tu untuk hilangkan gatal, adoi, kembang bulu roma bila dah gatal tu satu badan mengenyam-ngenyam terus, hahaha.


Walaupun dah dinasihatkan berkali-kali untuk pergi klinik, Sk masih cuba cara menyapu losyen. Kalau nak masak-masak tu, guna glove la, kalau kena bawang dan lada pedih oooo. Tapi, degil jugak, masih suka basuh tangan banyak kali sebab selalu fikir itu ini semua ada kuman. Ialah, hari tu, Sk bersihkan sangkar kucing, dah pegang kunci nak buka pad lock. Alamak, tangan ni ada kuman, lepas tu pegang kunci, kunci dah kena kuman, lalu Sk cuci tangan dengan kunci tu sekali, hahaha. Ambil sampah, masuk tong besar depan rumah. Hurmmm, ni kalau aku pegang kunci dengan pad lock, benda tu kena kuman, cuci tangan dululah. Cuci lagi dan lepas tutup pagar semua, fikir pagar pulak ada kuman, cuci lagi, tu yang makin menjadi-jadi tangan Sk ni, bukan macam dalam gambar atas ni, teruk sangat sampai sedih tengok, hahaha.

Dia bukan sentiasa gatal tau. Kalau Sk makan seafood pun tak ada masalah tapi janganlah asyik basah aje, masa tulah gatal tu akan datang balik. Bila gatal, Sk suka picit, kadang tergaru juga, kahhhh. Jadi, sekarang ni, Sk memang kurangkan cuci tangan dan kurangkan menyentuh benda-benda yang Sk fikir berkuman ni supaya tidak perlu cuci tangan selalu. Walaupun ada masa dalam kepala tu melintas, alamak, ada kumanlah, tapi Sk tawakal jer lah, Alhamdulillah, walaupun belumlah baik sangat jari-jari Sk ni tapi dah tak seteruk sebelum ni, sampai hajat nak buat cheese tart semula pada bulan Ogos lepas pun tergendala, ialah, takkan nak buat kuih dalam keadaan jari macam ni, kan. Kalau masak-memasak tu, Sk boleh lagi walaupun tak berapa selesa sebab kena guna glove. Cuci-cuci pinggan memang semua Iman yang buat cuma bab cuci periuk belanga tu jer Sk tak puas hati tengok dia buat, hahahaha. 

Sekarang ni Sk gunakan Pure Repairing Jelly jenama Vaseline. Walaupun rasa tangan tu berminyak tapi yang bagusnya bila kita cuci tangan tak adalah pulak rasa berminyak licin macam guna lotion. Cuma makan masih guna sudu garfu bagi mengelakkan pedih dan pijar masakan berbawang dan berlada. Alhamdulillah, bahagian tubuh yang lain tak ada pulak masalah cuma Sk ni jenis kalah sabun aje, tak semua jenis sabun sesuai dengan kulit badan Sk ni, jadi kedai Bath & Body Work tu memang Sk tengok ajelah, nanti beli pakai, kulitnya melelas, aduiii.

Apakah gejala fobia kuman?
Kerana ketakutannya yang amat sangat terhadap sesuatu yang (dianggapnya) kotor, seseorang yang memiliki mysophobia biasanya menunjukkan tanda atau gejala seperti berikut:

Menghindari tempat yang dianggap banyak kotoran atau kuman
Bersih-bersih ruangan secara berlebihan
Sering mencuci tangan dan mandi beberapa kali dalam sehari
Menolak berbahagi barang peribadi
Menolak pakai toilet umum
Menghindari kontak fizikal dengan orang lain
Menghindari keramaian atau binatang
Menolak berbagi makanan

Kira.. tak teruk sangatlah mysophobia Sk nikan... hihihi

Terima kasih Sumber Mysophobia




Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    NONTON FILM BIOSKOP TERBARU

    ReplyDelete
  2. Ouhhh.ada rupanya penyakit niii...baru kutahu...tapi mmg fobia ni ada mcm mcm jenis, kan..yg ni sy baru baca... Moga sembuh Dan terjaga tgn Dan kesihatan akak.. Amin

    ReplyDelete
  3. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete
  4. Now I know. Tp abe kie x de sikap mysophobia ni.

    ReplyDelete
  5. sama macam mak saudara saya ni. Dia tak boleh pakai jenama X tu. mesti tapak tangan gatal dan mengelupas, jadi kering.jadi macam ni la..sama serupa. Memang sebab sabun basuh pinggan X tu la. Tak lain tak bukan lagi..

    ReplyDelete
  6. Alamak?? adakah me tergolong dalam penghidap penyakit ni? sebab sejak PKP haritu memang fobia dengan kuman bakteria and segala macam ni, pastu mop lantai berkali2 ilangkan kesan degil kot2 ada kuman virus bagai.Tangan i sampai jadi macam gambar kat atas tu and bila jumpa doktor kata sebab antiseptic or pakai pencuci tangan berlebih sangat

    ReplyDelete
  7. Sya jenis asal boleh ...sebab tu kadang kalau pergi memana pun yang kurang bersihnya masih tak kisah, sebab kadang sedar diri sendiri bukanlah pembersih sangat..tapi sejak corona ni, memang keje nak cuci tangan dan juga pakai HS tapi suka bawak sendiri dri guna yag soping mall tu...

    ReplyDelete
  8. baru tahu penyakit ni.. alahai sian mak inche

    ReplyDelete
  9. ya allah.. ciannye effect dkt tgn kak seri.... ain pon baru tahu pasal penyakit ni.... dasyat ehkk..

    ReplyDelete
  10. corna menjadi seseorang MYSOPHOBIA hadeh hadeh..

    https://klinikpandawa.com/

    ReplyDelete
  11. saat ini MYSOPHOBIA menjadi kebiasaan gonore

    ReplyDelete
  12. Thank's and dont visit my site in.
    https://klinikraphael.com/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!