Assalamualaikum...
IPOH mali.. talak sombong!
Ipoh, antara destinasi percutian dan JJCM yang sering menjadi pilihan kami. Bandar orang pencen, kata Pak Inche. Di sini, anda boleh lihat banyak rumah-rumah lama yang masih teguh berdiri sama ada rumah tradisional melayu atau rumah agam yang dijadikan rumah pegawai-pegawai kerajaan. Sebenarnya, rancangan awal kami hendak bercuti ke Pulau Pinang tapi bimbang dengan kewujudan virus 'super spreader' sehingga mencetuskan beberapa kluster di selatan Kedah baru-baru ini, Pak Inche mengubah plan sehari sebelum bertolak. Tempahan hotel serta merta dibatalkan, mujur booking dibuat melalui panggilan telefon bukannya booking.com atau agoda.
Seperti biasa jika melakukan perjalanan jauh, kami akan bertolak sehari lebih awal bagi menjimatkan masa perjalanan. Selepas singgah mengambil Cikwa di KL, kami meneruskan perjalanan ke utara dan bercadang untuk berhenti makan malam di Tanjung Malim, juga menyewa hotel bajet di sekitar sebelum menyambung perjalanan ke Ipoh keesokannya. Alhamdulillah, timing cantik semasa sampai di Tanjung Malim dan kami mengisi perut di
Seafood Garden dengan masakan panas. Tapi, tak ada rezeki nak bermalam di sana lantaran kebanyakan hotel bajet di sini telah penuh kerana ada pilihanraya kecil yang bakal berlangsung.
Kami meneruskan perjalanan dan bercadang menginap di Bidor, ada sebuah hotel bajet elok yang pernah kami singgah sebelum ini tapi penuh jugak. Aik, kenapa semua orang pakat tidur hotel bajetkah, haha. Pak Inche kata, ni mesti pasal Pilihanraya Slim tu. Alhamdulillah, kami dapat menginap di Hotel Kawan, juga di Bidor yang masih ada kosong lagi. Memang selesa di sini tapi.... satu jer, dia punya bantal, keraih, hahaha.
Disebabkan Pak Inche mengambil ubat darah tinggi yang perlu diambil selepas sarapan, maka amatlah penting untuk kami keluar bersarapan. Dan kalau dah keluar, amatlah malas pulak untuk berpatah balik, jadi, terpaksalah kami check-out awal. Lagipun, tak tahu nak sarapan mana di Bidor tu. Kami menghala ke Ipoh mengikut jalan kampung dan Pak Inche ajak sarapan capati di Chenderiang. SK pilih capati dengan kari daging. Nak ambil satu rasa tak cukup, ambil dua, baru makan separuh yang kepingan kedua tu dah kekenyangan. Habiskan jugaklah perlahan-lahan, burpppp!
Lepas makan capati kami terus ke hotel yang telah ditempah melalui Booking.com. Sekali lagi pilihan kami,
Putrade Allsuites atau kini dikenali sebagai RPGC (Royal Perak Golf Club). RPGC ni ditutup sejak PKP bulan Mac lalu dan sepatutnya dibuka semula pada 1 September 2020 (hari ini) tapi disebabkan long weekend (cuti hujung minggu dan kelepasan am bersambung), maka RPGC membuat keputusan untuk beroperasi lebih awal iaitu pada hari kami check-in tulah.
Alhamdulillah, seperti pengalaman kami sebelum ini, RPGC tetap tip top dari segi kebersihan dan keselesaan. Walaupun dah lama ditinggalkan, tak adalah pulak biliknya berkulat apalagi berhantu, hihi. Dah beberapa kali stay di sini selalu dapat bilik di tingkat atas, kali ni dapat tingkat bawah aje, best pulak, tak penat naik tangga atau jalan jauh ke lif.
Tengok saiz tilam pun dah boleh bayangkan betapa lenanya tidur malam kami, kan.. hahahaha. Oh, ya, RPGC ni memang dibuka kepada orang awam ya dengan menawarkan penginapan dengan satu, dua dan tiga bilik. Kalau anda ramai pun masih selesa lagilah cuma yang tak selesanya bilik air dan tandas berkongsi dan cuma ada satu sahaja. Jadi, kalau duduk ramai-ramai mungkin kena bergilir dan berebut, ahaha.
Kalau rasa nak masak-memasak tu, bolehlah bawa kelengkapan memasak sendiri tapi yang elektroniklah, hahaha. Pinggan mangkuk sudu garfu pun silalah bawa sendiri kerana mereka cuma menyediakan dua set cawan dan gelas sahaja. Tapi, Sk kalau tengah bercuti, idok ler nak memasak. Dekat rumah pun tak rajin masak okeh, inikan pulak bila dah berjalan.
Ruang tamu yang luas dan meja makan juga lengkap. Sk kalau JB dengan Ipoh ni dekat, nak aje ajak adik beradik semua join sekali tapi sebab jauh, susah jugak nak datang. Nantilah, rancang betul-betul kot akan datang ada yang nak join jalan-jalan ke Ipoh, huhu.
Nampak tak betapa luasnya penginapan di RPGC ni. Memang berbaloi sangat kalau duduk sini. Tapi, kalau nak lagi berbaloi kena dapatkan harga murah la macam kami duduk ni harga masih rendah berbanding harga asalnya. Ni kalau datang ramai-ramai, bentang toto aje kat depan. Tv pun ada dua bijik, satu di bilik dan satu di hall.
Jangan risau kerana penginapan di sini di sanitaz menggunakan produk dettol. Oh, ya.. pakej yang kami ambil ni tidak termasuk sarapan. Dan memang tiada sarapan disediakan dalam tempoh PKPP ni, mungkin akan ada pada pembukaan semula yang sebenar 1 September ini.
Petang tu, kami ke Padang Polo sebab Iman ajak makan Laksa Kedah yang katanya terpaling sedap di Ipoh. Rasa sesuap, pehhhhh.. memang sedap okeh kuah laksa tu, pior betul rasanya. Tapi, sebab Sk bukan peminat laksa, Sk makan cucur jer, pun sedap juga, rangup di luar gebu di dalam. Sambil makan kami pekena cendol dan air kelapa, nyamannnnn.
Padang Polo ni merupakan taman rekreasi yang menjadi tumpuan orang Ipoh setiap petang. Memang seronoklah lepas berjogging, pulun makan cendol pulut pulak, hahahaha. Oh, ya.. SK perasan ada tiga gerai laksa di sini, Laksa Taiping, Laksa Ipoh dan Laksa Kedah. Iman kata, Laksa Kedah paling sedap. Dan seorang kawan fb Sk, orang Ipoh pun bagitahu, lepas pekena Laksa Kedah tu, mereka tak pi dah laksa lain, haaaaaaaaa.. jadi betullah kata Iman tu, kan kan kan.
Lepas makan laksa, kami ke Ipoh Parade sebab Sk tertinggal moisturizer. Kebetulan pulak, bukan tertinggal saja tapi memang dah tinggal koret-koret, hahaha. Siap buka penutup pump tu dan jolok korek isinya guna jari. Maknanya kena beli juga yang baru. Jadi, lepas beli skinscare dan jalan-jalan di Ipoh Parade, perut pun dah lapar balik dan kami singgah makan di Restoran Vegas yang terkenal di Ipoh. Di sini, Sk tak makan, cuma ngecek sikit-sikit apa yang dimakan ahli rombongan lepas tu Sk tapau Kuey Teow Goreng untuk makan di hotel. Malam tu tak keluar dah, semua orang kemalasan dan kepenatan, hahahaha.
wahhh ku tertarik dengan mesin kopi dolce gusto dia tu kak..ahahhahaha
ReplyDeleteBalas kunjung di sini baca kisah jjcm yg menarik. Nampak selesa betul ruang rehat kat hotel tu kan, simple tapi cantik.
ReplyDeleteBestnyaaa laaa...
ReplyDeleteKita sejak PKP belum ada check-in memana lagi, kecuali homestay kat Paka hehehehe
Join yuk di chanelku yang seger...
ReplyDeletebanyak film terbaru yang memanjakan mata loh...
STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP
SUKABOKEP
BOKEP INDO NGENTOT ASIK
BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP
BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT
BOKEP KOREA NGENTOT PUAS
FILM SEMI NGENTOT SERU
SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020