NANAS MD2 YANG MANIS MELECAIH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NANAS MD2 YANG MANIS MELECAIH

 Assalamualaikum...


NANAS MD2 yang baru dituai dari ladang di Sungai Balang, Muar dan dipasarkan di Pasar Segar Terkawal (PST) Pusat Operasi Fama Johor Bahru.


Sk pinang dua biji. Besar betul buah nanas MD2 ni. Nama MD tu diambil sempena nama Millie Dillard.


Sejarah Nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa.


Nanas MD2 mudah dikopek kerana tidak mempunyai duri yang banyak dan dalam. Ini membuatkan ianya tidak lidas walaupun dimakan banyak.


Sk boleh menghabiskan berpotong-potong kerana rasanya yang manis melecaih tu 😍


Masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan nanti boleh cicah garam atau tuang kicap pun sedap.


Sebiji lagi kita potong petang nanti. Pak Inche kata, buat jus pun sedap juga.

🤩🤩🤩


7 comments:

  1. Nanas! Makankan sikit untuk kakak SK. Adeeehhh...kecuuurr!

    ReplyDelete
  2. Adoyai... Lihat gambar sambil tertelan air liur ni..

    ReplyDelete
  3. MD2 memang terkelass
    Jambul dia tu bolehlah tanam
    18 bulan kemudian boleh kutip hasil

    ReplyDelete
  4. Todiaaaaa.....
    Sedapnya...lagipun buah nanas ni oarang kata superfood...

    ReplyDelete
  5. sedap kan nanas md2 ni kak... kalau buat jus tu... sekali slurp jerrrr

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa...SA suka dicicah dengan kicap cili...confirm makan banyak..manis kan jenis yang ni...Pak Zain ada tanam...tapi dah 2 tahun x berbuah pun..hahahaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih