KARI AYAM BERTELUR KEMUDIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HUJUNG Minggu pertama semester baharu di kampus, Iman tak balik kampung kerana bertugas mengelola Wonderfud Fiesta 2K23. Kalau tidak, biasanya hari khamis petang lepas kerja, Sk akan singgah UTM jemput. Jumaat tu, lepak-lepak kat rumah aje la sorang-sorang.. haishhhh.. mananya nak melepak. Kemas bilik dia la.. tak menahan betul tengok baju-baju dan buku-buku yang dah tak digunakan lagi masih tersimpan dalam almari. Nak dibuang sayang, disimpan menyemak 🤭. Kalau tengok dalam drama tu, bila dorang buka almari, sikit aje kain bajunya. Almari kita, dah macam nak roboh, baju tu sampai dah tak boleh bernafas. Itupun setiap kali buka almari, dok kata tak ada baju nak pakai 😆.


Sebelum tu, rendam ayam siap-siap. Pak Inche minta masak Kari Ayam. Separuh jalan mengemas, ayam dah lembut. Sk masak kari tiga ketul, letak kentang dua butir. Ada kaki ayam jugak sepasang. Dan semestinya jika ada kari ayam kena ada..

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Ayam Goreng! 


Minggu sebelumnya tu, Sk ada masak Rendang Nasib sekuali. Separuh bagi Mak Siti (ibu), separuh untuk rumah sendiri. Tapi tak dimakan-makan sebab tak jumpa gu dia. Sk panaskan la semangkuk. Pak Inche tak nak sebab tak ada pulut (lemang atau ketupat palas). 

Sk makan la rendang tu dengan nasi dan kuah kari serta kaki ayam😆. Sk tak ada syarat nak makan rendang dengan apa punnnn.


Berbaki lagi dua ketul ayam kari, malam tadi panaskan. Telur tu, telur separuh masak Pak Inche untuk sarapan semalam, dia tak makan, dia rebus minta masukkan dalam kari. Jadilah, Kari Ayam Bertelurrrrr 😆.


Lepas tu, Pak Inche ni, Sk dah asingkan dada ayam tu untuk buat rencah nasi goreng ke, mee goreng ke, boleh pulak dia pi ambik, perap garam kunyit dan goreng. Sabar aje laaaa.. tak sah makan kari tak ada ayam goreng, macam budak-budak 🤣.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. EH..ye laa..asal masak ayam kari je mesti nak ada ayam goreng..kalau bukan isi mesti montot or kepak ayam..alaaa..rasa nak mengkari la plak...daun kari Pak Zain merimbun tu ha

    ReplyDelete
  2. Kari kaki ayam pekat macam tu kalau lawan ngan roti jala... ngam!

    ReplyDelete
  3. Tahu dah.... mesti ada ayam goyeng untuk PI.

    ReplyDelete
  4. Saya kalau rendang, dengan roti pun boleh.

    ReplyDelete
  5. Nama menu tu bikin penasaran🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!