Assalamualaikum WBT
TAKDE mood nak create new post semalam. Lagi la bila dah mengadap tv tu, kan. Sk bukan reti tengok tv sambil tengok handphone. Tapi, kalau sambil memasak tu, macam-macam kerja lain boleh siap 😆. Biasanya, paling-paling sambil tengok tv, Sk lipat kain, healing gituh!
Sarapan pagi semalam, Nasi Goreng Udang.. tapi, udangnya sekor jer, hahahahah. Udang tu belen dari Sk masak Udang Paprik hari Jumaat, tu nanti Sk kongsikan dalam post lain. Macam dah sign darah pulak sarapan nasi goreng tiap pagi Sabtu. Untuk Pak Inche wajiblah ada telur separuh masak.
Pagi tu, Pak Inche panggil plumber datang rumah. Dah beberapa hari dengar air tangki tu macam masuk tak berhenti. Mungkin pelampung rosak. Hah.. memang betullah rosak, mujur air tangki tak melimpah masuk sampai ke dalam rumah.
Sebelum hantar Iman balik kolej, bawa pergi makan dulu di Ashoka Curry House, ikut selera Pak Inche la, nak makan Nasi Daun Pisang. Abaikan la calculator atas meja tu, haha.
Jumlah RM54
Yang 6 tu Ais Limau x 3 gelas
Yang 15 tu harga makanan Pak Inche dengan Iman. Pak Inche ada sayur, Iman tak sayur, tapi harga sama. Yang 18 tu biasalah, Tuan Tanah Kedaung, suka makan banyak jenis sayur 😆.
Semoga dipermudahkan urusan mereka yang berkumpul pagi ini untuk Solidariti Palestin secara aman di ibu negara. Al-Fatihah jua buat mereka yang syahid, Amiiinnn YRA.
Comel jew udang tenggek sengsorang atas nasik tu.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mereka yang berkumpul pagi ini untuk Solidariti Palestin secara aman di ibu negara. Al-Fatihah jua buat mereka yang syahid, Amiiinnn!
ReplyDeleteudang sekor tu besar juga
ReplyDeleteGeram pulak tengok udang tu...elok besar2
ReplyDeleteada sayur tada sayur harga sama juga kaka
ReplyDeleteJaman now...elok juga oi makan bawa cucukator...ðŸ¤
ReplyDeletemmg tak jemu mkn nasi goreng...boleh dimasak pelbagai cara...
ReplyDelete