MEE GORENG SEKUALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

PAK Inche kata, nak makan Mee Goreng untuk makan malam tadi. Sukalah Sk, bolehlah rehat-rehat sikit, penat kerja semalam. Pak Inche kata lagi, nanti dia pergi beli mee, nak beli apa lagi nak goreng mee? Aisehmannnn.. sekali dia suruh kita yang goreng rupanya 😂.


Amek kau! Sekali goreng, sekuali. Yang nak makannya dua orang aje 🤣. Pak Inche kata, jom hantar kat Iman. Aaaaa.. mana mahunya Iman mee goreng. Lagipun Sk fikir tak nak ganggu dia. Iman tentu tengah huru-hara kerana perlu mengelola penganjuran Wonderfud Fiesta 2K23, salah satu projek terbaharu anjuran Kelab Kuda UTM. Ya, Iman dah jadi ahli Kelab Kuda, acikkkk!

Sk cuma letak sotong dan fish cake sebagai rencah mee goreng. Rempahnya pula, bawang putih, bawang merah, cili kisar, sos tiram, sos tomato, sos ikan, kicap cair, kicap pekat dan kicap manis. Tak letak garamlah sebab takut masin. Kalau rasa tawar, nanti makan boleh curah sos cili, hehehe. Lengkap jugak dengan tauhu goreng, sawi dan taugeh serta tomato. Sotong dan fish cake tu Pak Inche yang potongkan kecik-kecik.

Jadi, pagi ni, bersarapanlah Sk dengan Mee Goreng. Sk memang dah asingkan secukupnya untuk dipanaskan menjadi bekal hari ni. Banyak lagi tu nanti boleh buat makan malam esok pulak, tak boleh malam ni, nanti jemu.. hehehe.


Sebagai ahli kelab kuda, salah satu tugasnya ialah memanjakan kuda selain dari beri makan dan bersihkan kandang kuda. Cuma satu yang Iman tak sampai hati nak buat katanya, tunggang kuda 🤭. Faham-faham sajalah acik.
Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah sedapnya mee goreng .resepi kita sama cuma LM jenis tak mo sos tomato atau sos cili. lain tu sama. sedap makan panas panas kan..nyumss

    ReplyDelete
  2. mcm mana nie nak tunggang kud mcm nie iman...hahaha

    ReplyDelete
  3. Kita dua memang peminat mee goreng kan..SA pun nak buat la mee goreng untuk bekal esok..hari ni buat nasi goreng sardin..

    ReplyDelete
  4. best tu hobi yang mahal tu berkenaan dgn kuda kak... menarik je mee goreng akak tu

    ReplyDelete
  5. ala bestnya dapat manja dengan kuda..comei je

    ReplyDelete
  6. Sesekali nak makan selain daripada nasi.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa Kakk, Lin pun kalau goreng sekuali Kak, tak habis kita simpan hahaha
    Iman sama dengan kaka, segala binatang dia tak sampai hati nak tonggang huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Ala, sweetnya Iman dgn kuda tu...pandai dia handle kuda tu 👍
    Naper la kita tak berjiran ye SK 😄

    ReplyDelete
  9. Wow...
    Bestnya ...berkuda juga baik untuk kesihatan dan salah satu sunnah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lupa nak komen mee goreng yang nampak sedap tu...salfok kat Iman & kudanya😍

      Delete
  10. saya belum pernah tunggang kuda...teringin juga tunggang dan lari laju

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!