MAKAN DI DAMAI SEAFOOD VILLAGE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MALAM tadi Pak Inche ajak makan di Damai Seafood Village. Pernah dua tiga kali jugak merancang nak makan di sini tapi tak jadi antara sebabnya terpergi makan di tempat lain, hehehe. Ada sekali tu pulak, dah sampai tapi tutup. Mungkin masa tu kami datang hari selasa. Selasa tutup ya.


Masa kami sampai, macam ada event. Eh, segan pulak kita dengan muka dan pakaian tak semenggah 😂. Ada dua tiga kumpulan besar pelanggan mungkin ada majlis makan-makan syarikat dan ada juga yang buat majlis hari jadi. Mujurlah restoran ini terbahagi kepada beberapa ruang, jadi bolehlah duduk menyorok sedikit.


Brokoli dengan Cendawan Hitam RM15.
Rasanya brokoli dan cendawan ni dimasak berasingan. Brokoli dicelur dan disusun keliling piring hidang, cendawan dimasak bersama sos tiram kemudian diletakkan di tengahnya.. Tumis pula bawang putih yang dicincang dan sedikit sos tiram kemudian siram atas sayur brokoli tu. 


Kali ni kami cuba kelainan dengan memesan menu Daging Masak Sos Mongolian RM25. Daging dihiris tebal tapi lembut bila dikunyah dan masakan ini tidak kering. Langsung tak kedekut bahan laaa.. Sk syorkan la kepada pelanggan yang ke Damai Seafood Village untuk memesan menu ini.


Sizzling Tofu, RM13. Yang ni biasa-biasa aje la.. cuma tofu semata, tiada rencah lain selain telur.


Siakap Stim Hong Kong kegemaran Pak Inche. Sosnya tu mirip masakan Stim Hong Kong yang biasa Pak Inche masak. Ia dimasak bersama bawang putih yang dicincang halus dan ditumis garing dan ditaburi halia yang disagat dan digoreng dahulu, sedap! Maharnya mahal sedikit berbanding dengan beberapa restoran makanan laut yang Sk pernah pergi iaitu RM70 tapi padanlah dengan saiz ikan dan persembahannya serta suasana restoran yang cantik dan damai, sedamai namanya.


Damai Seafood Village

No 50, Jalan Kassim, 
Kampung Sungai Danga, 
81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :

Friday 4 pm–12 am
Saturday 12 pm–12 am
Sunday 12 pm–12 am
Monday 12–2:30 pm
5:30 pm–12 am
Tuesday Closed
Wednesday 12–2:30 pm
5:30 pm–12 am
Thursday 12–2:30 pm
5:30 pm–12 am

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wow, boleh tahan, makan 2 orang, seratus lebih. Ikan siakap stim nampak sedap dan besar saiz. Sini pun banyak kedai makan suka tutup hari Selasa.

    ReplyDelete
  2. Mongolian sos...belum pernah makan..Selalu tengok dokumentary belah Mongol depa memang nomad yang banyak bela lembu dan kambing..pasti sos merwka pun sedap tu

    ReplyDelete
  3. Whoaaa..Makan berdamai! 😄 Nanti nak singgah lah..Masuk list dulu 😍

    ReplyDelete
  4. Daging Masak Sos Mongolian tu memang nampak pun sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!