MTIB MEET & GREAT WITH MEDIA @ AMARI HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


SIAPA kata lelaki tak boleh pakai warna pink?


Siapa kata lelaki kulit gelap tak boleh pakai baju warna pink?
😆


Tetiba Pak Inche ajak ikut dia ke MTIB Meet & Greet with Media yang diadakan di Amari Hotel Johor Bahru. Tiber aje eh.. dengan tak pakai baju ikut tema. Tapi mujurlah memang tak ramai pun yang pakai ikut tema. Ni nasib baiklah ada kasut dalam kereta sebab Sk pakai sandal aje sebelumnya. Hari tu sikit lagi Sk nak keluarkan kasut tu tapi tak jadi.


Temanya Cowboy. Jadi makananannya western. Ada Butter Rice, Wedges, Siakap Butter Lemon, Daging Lembu Panggang, Ayam Grill, Brokoli & Carrot. Sedap semuanya.


Makan bread roll dengan mushroom soup. 


Bread Butter Pudding dia sedappp. Jelly pudding pun shedap. 


MTIB - Malaysian Timber Industry Board. Acaranya santai, makan dulu baru dengar ucapan. Tahun ini MTIB menyambut Jubilee Emas. MTIB ditubuhkan pada tahun 1973. Berbeza dengan industri Elektrik dan Elektronik yang berfungsi secara import export, MTIB pula mengeksport sepenuhnya hasil kayu dan mereka mensasarkan jualan RM28B tahun ini. Keuntungan mereka tidak pernah kurang dari RM22B setiap tahun ya.


Ada acara kuiz, cabutan bertuah dan karaoke. Sayangnya, malam tu bukan malam bertuah kami. Pak Inche dipanggil untuk menyumbangkan suara, macam selalu la, lagu pilihannya My Way 😍.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lelaki sejati pakai pink!

    Lagu My Way tu pilihan Otai!

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman kerja Corp Comm di Senai Airport, selalu buat acara makan2 dgn media dekat hotel. Saya baru grad masa mmg excited la sbb dapat tumpang makan dekat hotel hehe.

    ReplyDelete
  3. kalo diberi pilihan ...lelaki sure tknk pakai pink hehe...tp husband saya pun ada juga koleksi pink tp jenis sederhana soft...kalo pink sgt tkmo dia pakai haha

    ReplyDelete
  4. Cabutan tak bertuah pun takpa dah SK...janji bertuah dibawa ke sana dapat makan syedap syedap tu lagi bertuah🤣

    ReplyDelete
  5. Siapa tidak mahu makan percuma.
    Tiada rezeki untuk menang.

    ReplyDelete
  6. Menyimbangkan suara pun ok pak Inche! Hehee..Pink pun ok je Kalau laki pakai, Janji perwatakan bukan lembut sangat seperti kaler pink tuuu 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!