SARAPAN DI KOPILOCO ANGGERIK EMAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

PAGI ini ada keperluan untuk Iman ikut ke pejabat. Sk minta Iman uruskan urusan servis kenderaan yang dah cukup 10,000km. Kena tukar minyak hitam dan lain-lain servis. Semoga semuanya baik-baik sahajalah nanti. Kali terakhir servis sebelum hari raya puasa tuari.


Kami bersarapan dahulu di Kopiloco Taman Anggerik Emas. Sk kalau ke sini memang mahunya Signature Kopiloco dan Salted Egg French Toast.


Lepas servis, Iman kata nak jalan-jalan. Nak makan kenyang-kenyang supaya nanti tak perlu keluarkan wang untuk makan tengahari. Bijak.. bijak...

Seafood Fried Kuey Teow ni ada udang besar seekor dan banyak sotong. Sotong dan udangnya segar cuma Sk tak tahu pulak, sejak bila ayam tinggal dalam laut 😆.


Ambil Salted Egg Custard Bun juga. Jika Salted Egg French Toast versi savoury, yang ini kena manis la.


Sistem pesanan di sini mudah, pilih menu dan catatkan kod menu dalam kertas pesanan, kemudian panggil staf dengan menekan buzzer di atas meja. Servis pun pantas!


Sekalinya dah habis makan tu, Iman kata, dia nak belanja. Kita bagi chance la dia dapat pahala belanja bonda makan.


Ada empat cawangan Kopiloco di JB iaitu Kopiloco Bandaraya, Kopiloco Anggerik Emas, Kopiloco Kulai dan Kopiloco Johor Jaya.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kuew tiau tu nampak chinesse style sedap kan SK :)

    ReplyDelete
  2. Sini sedap kan menu2 dia..SA makan ari tu bulan 1 kat cawangan mna erk..Bandaraya la kot

    ReplyDelete
  3. hehe..tercampak ayam dlm kuetiau seafood....

    ReplyDelete
  4. salted egg custard tu sedap tak? ada rasa hanyir?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Anak solehah memang kena belanja ibu dan ayah ye Iman. Moga tambah rezeki.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....
    Semoga Allah limpahkan rezeki Iman...
    Bila masuk sem baru Iman?

    ReplyDelete
  7. nampak sedap semuanya.. harga pun berpatutan.. rindu nak balik johor huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!