MAKAN NASI SAMBAL PARU JER HARI NI

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

TAK berbaloi sungguh sarapan Turkish Egg pagi tadi, pukul 12 dah laparrrrr 🤣. Mula rasa macam nak bertahan, hari khamis kan balik awal, tapi tak boleh jadi nampaknya. Sebelum migrain, lebih eloklah cari nasi oi, takut nanti ada kang nampak sana sini berpinor-pinor. 

Sampai kantin tengok cuma ada lauk ayam goreng, ayam kicap dan ayam sambal. Ada ikan goreng tapi sayur-mayur semua tak ada. Nampak pulak ada Sambal Paru, bolehlah.. bolehlahhh.. buat alas perut. Rasa Kak Sab tak masak banyak lauk berkuah dan sayur sebab ramai staf tak ada dan budak-budak ni lagi suka makan ayam goreng dari ayam masak kari.


Tulah rasa beruntungnya kerja kat kolej ni, walaupun gaji tak besar macam orang lain tapi makanan murah. Macam ni baru RM5 walaupun dorang masak nasi guna beras mahal. Selalu tengok kawan fb yang bekerja di mall, komplen, tak ambil nasi, cuma sayur secoet dan telur dadar, pernah kena sampai RM11. Biasa Sk dah siapkan duit kecik awal-awal, untuk nasi, ikan atau ayam dengan sayur, cuma RM7. Makan murah, parkir free, siap park kereta depan hidung lagi, manalah tak makin gemssss... hahahahaha. 

Syukurrrrr Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya sambal paru-paru.. Feveret juga ni :)

    ReplyDelete
  2. Betul, rezeki utk SK jugak tu... Kurang tang sini, lebih tang sana... Gitulah hidup kan... BTW nampak sedap pulak ulam kacang panjang tu ahak!

    ReplyDelete
  3. Bertugas di kolej mana tu? Untuk kalau bekerja dalam kawasan pendidikan. Pernah bekerja dalam USM dulu, makanan memang murah sebab kalau mahal nanti student2 ni akan komplen kepada orang atasan.

    ReplyDelete
  4. Murah banget tu...
    Alhamdulillah..rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  5. nampak banyak tak kenyang ke kak? musti tak baca doa makan tu hhhhehe

    ReplyDelete
  6. syukurlah harga makanan masih terkawal. keperitan hidup makin terasa dgn kenaikan harga barang sekarang...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sambal paru. Suka lauk dalam macam ni.

    ReplyDelete
  8. Pedas tak...Wow..murah harganya! 🤩 Memang best betul! 😄

    ReplyDelete
  9. Duuuh sambal paru selalunya pasti ENAAAAK 😍😍😍🤤. Memang kak, salah satu kelebihan kalau kerja dekat kolej atau sekolah, pasti di sana harga makanan lebih murah. Dibanding tengah kota, atau mall. Dulu zaman masih kerja, saya paling tak suka kalo dimutasi ke pusat kota, karena harga makanan menggila 🤣🤣. Daerah gedung perkantoran kan, jadi tak ada yg murah.

    Tapi saat pindah ke kota pinggiran, yg dekat sekolah, baru senang, karena serba murah makanannya 👍😄

    ReplyDelete
  10. Rasa macam dh lama plak x buat sambal paru...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Rezeki Allah untuk SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!