Assalamualaikum WBT
MENJELANG tengahari, pengunjung semakin ramai sampai ke Kampung Agong. Kami pun mengambil keputusan untuk beredar. Bergambar dah, main kejar-kejar angsa dah, kayuh basikal dah, nak buat apa lagi, kan. Pak Inche ajak singgah di Warung Mee Udang 12 Ekor yang terletak bersebelahan parkir.
Semua pesanan perlu dibuat di kaunter. Sistemnya bayar dahulu, makan kemudian manakala makanan akan dihantar ke meja. Mudah urusannya begini. Cuma kalau ramai, mesti jenuh jugak tu nak memikio menu pilihan ahli rombongan 😆. Kalau pesan di meja, boleh juga dibawa bertenang.
Minuman di sini cuma air balang sahaja tapi semuanya jus buah. Pilihan Sk, Jus Mangga (tak ada pulak gambarnya) manakala Iman dan Pak Inche memilih Jus Tembikai. Memang pior la jusnya, tak mengelat dan baru RM5 dengan saiz yang tinggi tu. Dua beranak tu pilih Laksa Penang, Sk tak mahu makan, Iman pulak ajak kongsi, kita makanlah sikit (tipu).
Sedaplah laksanya. Selain laksa dan mee udang, ada Bihun Sup dan juga celup-celup tepung ala Terengganu. Tapi tu laaa.. kepenatan meronda Kampung Agong, selera makan pun tak mo mai 😆.
Comel je nama warung tu, warung mee udang 12 ekor. Memang dia letak 12 ekor udang ke dalam mee udangnya tu? 😂
ReplyDeleteKalau tengok gambar menu, memang 12 ekor udangnya 😆
Deletebr nk tgk gmbr mee udang 12 ekor..tkde rupanya..suka mee udang
ReplyDeletePenat nak kopek udang nanti 😆
DeleteBaru nak tlg kira cukup ke tidak udangnya 12 ekoq, rupanya SK tak order pun 😂
ReplyDeleteBerbaloi la RM5 pun ayaq buah tu, cup tinggi 👍
Memang berbaloi, susah nak menghabiskan sebab banyak sangat. Tak selera nak order mee udang tengah penat² tu, PH.
DeleteUnik betul namanya udang 12 ekor. Kreatif fikiran tuan punya warung pilih nama.
ReplyDeleteBiarpun nama air balang tapi jus buah...sangatlah berbaloi
ReplyDeleteAgaknya berapa la harga mee udang 12 ekor tu erk..benchmark diorang no 12 kot..
ReplyDelete