Assalamualaikum WBT
AMBIL kesempatan sempena Cuti Hari Keputeraan YDP Agong esok, hari ini Sk ambil cuti tahun. Semalam petang, Sk check in di Lotus Seaview Pengerang, ni pun baru lepas naik dari mandi laut, kita up dulu la satu entri sebelum bersiap-siap untuk check out, Hehehe.
Pak Inche ni agaknya dah tersampuk Mee Tarik. Dia ajak ke Othman Mee Tarik yang baharu dibuka di Taman Sentosa Johor Bahru.
Sebelum ke sini, dia ada tanya, nak makan kat Anisah ke Mee Tarik. Kalau dah dia bertanya, memang Mee Tarik la jawapannya.
Ramai betul pelanggan, ada sebuah sahaja meja kosong untuk 6 orang, kami duduk di situ. Tak apalah kalau nak kongsi meja dengan orang lain yang datang berdua jugak, bolehlah mereka duduk di hujung sinun, hehehe.
Lan Zhou Ramen/ Original (RM14.90) pilihan Pak Inche.
Mee jenis kecil macam saiz mee segera tu. Sup tawar, kena pandai adjust la letak chilli oil dan cuka hitam tu. Nampaknya ianya bukan taste PI la, tak sedap dia kata. Sk pulak memang tak gemar mee dengan sup.
Pan Fried Beef Dumpling (RM14.90/ 8's). Ini pembuka selera wajib setiap kali makan di Restoran Mee Tarik. Mereka goreng dengan minyak sedikit, kulit dumpling lembut, inti pun sedap. Selain inti daging lembu, ada juga inti ayam rasanya. Beli juga satu set take away hantar kat Iman di kolej.
Sk pilih mee yang digoreng kering iaitu Stir Fry Beef Ramen (RM18.90).
Sk rekomen, mee kenyal, banyak hirisan daging lembu dan cendawan.
Kita snap pic kedai sementara tunggu PI menjelaskan bil di kaunter.
anak kak ana, Ika suka sangat lah kalau pi makan mee tark gini, kak ana kurang sikit tapi tuu laa dah depa suka , kadang ikutkan sahaja laa :)
ReplyDeleteSA suka makan mee tarik tapi blom dapat yang betul2 kena dengan selera..
ReplyDelete