SARAPAN DI THE WARUNG KITA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



RANCANGANNYA hari ini Sk dan Pak Inche akan ke KL untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak kawan PI di Ampang pada hari esok (sabtu). Tapi, saat akhir, tak jadi sebab PI perlu bertugas esok di Stadium Sultan Ibrahim. Dah terlanjur bercuti, kan.. Sk ajak PI sarapan di luar. PI mencadangkan kami bersarapan di The Warung Kita di Sunway Citrine Hub, Sunway City, Iskandar Puteri.



Sekarang ni, tak perlu nak bermalam di hotel untuk menikmati Buffet Breakfast. Harganya pun tidaklah mahal.




Agak unik konsep bufet yang diperkenalkan di The Warung Kita iaitu Ala Carte Buffet Breakfast. Pada mulanya Sk tak faham, namun setelah diterangkan staf, ohhh.. barulah faham. Buffet tu kan sepatutnya layan diri, tapi ni mereka hidangkan. Boleh pilih semua 9 menu yang ditawarkan dalam buffet tapi tidak sekaligus.




Teh untuk PI
Kopi untuk TTK
Roti Canai dan Roti Bakar untuk PI
Lempeng dan Lontong untuk TTK

Lempeng sedap, tak kedekut sambal tumis. Lontong pun sedap tapi tak banyak sayur, tempe dan tauhu pun tak ado!
Tekstur Roti Canai macam tebar, bukan frozen. Ke dia frozen roti canai tebar, tak pastilah.




Telur Separuh Masak tiada dalam menu, boleh request, satu set RM4.50.
Dia hantar dah siap pecahkan dalam mangkuk, kurang kerja Sk, hahah.




Ruang makan yang luas, boleh pilih makan dalam suasana berhawa dingin atau di ruang legar.




Pesan Nasi Lemak untuk PI. Sedap dan lengkap aksesori nasi lemaknya.
 




Kopi dan Teh free flow.




Dah kenyang tapi tak berbaloi pulak kalau tak order lagi, kan.. heheh. Ambil pulak Mihun Goreng dan Chee Cheong Fun. Tapi CCF tu makan dengan kari. Memang nama dalam menu CCF with Kari.




Tak pernah makan CCF dengan kari, ok jugaklah sebab rasa karinya okey.




Syukur.. Alhamdulillah. 




Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. oklah harganya..9 menu for RM15...fusion tu..CCF with kari...

    ReplyDelete
  2. Wah cerek tu lejen la.. arwah Mak PH ada tinggalkan satu utk PH, tapi tak pernah pulak guna 😁
    Tak mahal sangat kan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. selamat menjamu selera. kalau abe kie cuma mampu bekfes harga bawah rm10 je la.

    ReplyDelete
  4. Harga dah ok tu...tuang air dari cerek tu sangat rare, teringat kedai2 kat kampung kita..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!