NASI GORENG DAGING LADA HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


TERIMA dua berita kematian pagi ini. Yang pertama, Abang Kamal Bakar (pelakon veteran) dan yang kedua Abang Saadon (pemilik bengkel kenderaan). Kedua-duanya Sk kenal, Abang Kamal Bakar merupakan senior Angah di Fama dan Sk sekeluarga pernah berkunjung ke kedai makan Abang Kamal di Melaka. Abang Saadon pula tempat Sk selalu merujuk setiap kali ada masalah dengan kereta pertama yang Sk beli second hand dulu. Sungguh terasa sedih bila mendengar berita kematian orang yang kita kenali, kannn.


‎إنالله وإنآاليه راجعون


‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


" Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia " ..


‎أمين يا رب العالمين



Pagi ini bawa bekal sarapan dari rumah, Nasi Goreng Daging Lada Hitam dan Telur Mata Kerbau. Semalam, beli nasi dua bekas polisterin di Kantin Kak Sab nak makan dengan Cikwa, beli sekeping bahagian ekor Asam Pedas Ikan Siakap dan dua jenis sayur, Tauge dan Kubis Goreng. Cikwa pulak panaskan sebelah ikan patin tempoyak dan talapia bakar. Tapi Cikwa tak makan nasi, dia makan bubur. Cikwa baru cabut gigi bongsu kelmarin, tak boleh makan keras, jadi nasinya Sk buat nasi goreng malam tadi. Banyak lagi lebihnya, tu yang siap bawa bekal pulak.


Guna daging korban yang Pak Inche dapat. Daging tu dapat sebekas. Besar bekas macam orang jual kek kukus tu, anggaran dekat dua kilo jugak, Sk bahagi-bahagi sebesar saiz penumbuk dan bungkuskan asing-asing. Nak masak nasi goreng ni ambil sebungkus dan bahagi dua lagi sebab banyak sangat nanti kalau letak semua, karang jadi Daging Goreng Nasi bukannya Nasi Goreng Daging, heheheh.


Daging hiris nipis kemudian rebus dalam kuali sehingga airnya kering. Air rebusan pertama yang keruh tu Sk buang dan gantikan air lain, rebus semula. Cara ni Sk belajar dari Blogger Mamatisya yang berkongsi teknik masak Daging Goreng Kunyit Stail Kelantan yang mana daging tu direbus dulu hingga empuk sebelum masukkan minyak dan menumis.


Amy kata, kalau daging tak cukup empuk tambah air lagi. 


Rebus sampai airnya kering.


Selak daging, masih berair, jadi kita biar dulu, kacau-kacau selalu supaya tak hangus.


Dah hampir nak kering airnya.


Okey, dah boleh masuk minyak.


Tuanglah minyak agak-agak untuk menggoreng nasi.


Masukkan bawang putih yang ditumbuk kasar.


Tumis sehingga bawang keemasan kemudian Sk masukkan sos tiram, sos ikan dan lada hitam yang ditumbuk kasar.


Sk juga tambahkan serbuk perencah Nasi Goreng Cina. Ini Sk beli di Pasaraya Aeon, jenama Top Value. Jenama ni boleh dipercayai la, banyak produk jenama ni yang Sk biasa gunakan termasuklah sabun pencuci pinggan.


Siap goreng nasi PI pun balik, penuh tangan menjinjing beg plastik merah. Hurmm.. singgah pasar malam la tu.


Sk panaskan sekali Sup Kaki Lembu bawa dari rumah Cik Ani hari tu. Sebenarnya Sk juga dah perapkan usus dan perut lembu dengan perencah daging bakar nak panggang jer dalam kuali tapi PI ajak makan roti canai dan popiah basah ni pulak. Nasiblah Sk belum panggang lagi perut lembu tu, masuk balik esbox laaaa.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap nasi goreng daging tu... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. daging tu die bkn rebus namanya..kalo rebus kita ltk air dr awal...yg ni time kita gaul kunyit tu ada air dr daging tu...masuk kuali dia akan kering...br tambah skit2 air ...nasi goreng ltk daging mmg fav...yummyyy

    ReplyDelete
  3. Laki kita dah kemaruk nasi goreng daging pulak hahahaha.. adeiii satu keje nak buat proses macam tu haaaa

    ReplyDelete
  4. sedap juga kan nasi goreng daging ni... :D

    ReplyDelete
  5. Ini bagi idea ni sebab daging korban ada lagi ni.

    ReplyDelete
  6. menarik betul tengok rupanya bila dah siap masak. sekali dengan telur mata

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi goreng tu..cantik kejadiannya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!