SAMBAL SOTONG MERAJUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HARI yang masak Kari Telur Tersakiti tu, esok paginya Sk panaskan nasi, ingatkan nak bawa bekal, tapi terlupa. Jadi, Sk whatsapp Pak Inche minta simpankan dalam peti sejuk. Sk ni memang dari kecik dah diajar jangan buang nasi, nanti nasi menangis. Punyalah takut ui kalau nasi menangis,  huhu. 


Sk hantar whatsapp tu awal sebelum pukul 8 tapi PI tak buka. Dah pukul 8.40 macam tu baru dia balas beritahu dah keluar rumah. Sk hantar whatsapp tu awal kot, boleh pulak diabaikan whatsapp kita,  Sk pun apa lagi, my blood go upstairs laaa! Tapi, Sk sabarrrr dulu, hahahaha.


Biasanya setiap petang, Sk akan whatsapp PI tanya rancangan makan malam hari tu sama ada nak masak, jika ya, nak masak apa? Atau PI dah makan nasi ke, jadi tak perlu masak, kita makan di luar. Tapi, hari tu, Sk tak whatsapp langsung! 


PI balik kerja, tanya, masak apa? Sk jawablah, tak masak. Habis tu, nak makan apa, dia tanya. Entah? Makan kat kedai la. Lepas tu, PI kata, dia belum makan nasi, bunyinya macam nak suruh Sk masak, tak nak makan kat kedai. Kenapa tak whatsapp, bagitahu belum makan nasi, Sk cakap. Selalu kan bonda yang whatsapp,  kata PI. Malas nak whatsapp,  babah kan tak nak baca whatsapp bonda 😝. Habis tu, kalau bonda tak whatsapp,  babah tak boleh whatsapp?!



Rupanya, malam tu ada live game (bolasepak) kat tv, tu yang PI tak nak makan kat luar. Lepas tu, belum makan nasi pulak. Malas nak bergaduh lama-lama dah remaja purba ni, Sk terus masak nasi dan rendam sotong. Lepas maghrib baru masak, siap kisar lada lagi sebab cili kisar dah habis. Sedap jugak Sambal Sotong orang merajuk ni, sampai bocor periuk nasi, hahahaha!



Lepas tu goreng telur mata dua biji bubuh kicap manis. Tu jer la lauk kalau masak sendiri. Kalau makan kat kedai tak pe, boleh order banyak-banyak penuh meja makan sampai tersandar.


Makan dua lauk ni pun tersandar juga 😆. Pagi ni hantar whatsapp kat PI, tak sampai seminit terus balas, haaaa.. tau takut bini merajuk lagi 🤣.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kadang begitulah kan Kak, kalau akak tengok whtsapp Lin dan Suami lagilah, kami jarang wahtsapp personal, sebab semua ke Family aja, last wahtsapp personal gan Laki Rabu minggu lepas hahahahaha.. tapi kannn, betullah, dah tua ni malas nak kecutkan hati, mengalah aja laa kan Kak, walau kadang gerammmm tengok time tido hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahaha! Lawak pulak bila baca kisah sambal sotong merajuk tu. Merajuk2 pun terhidang jugak sambal sotong atas meja sampai bocor periuk nasi 😅

    ReplyDelete
  3. Gelak SA baca kisah sotong merajuk ni...hahaha..comel jer dua2

    ReplyDelete
  4. tengok telur tu terus terliur alahai.... sedapnya nengok dia

    ReplyDelete
  5. Kdg harus banyak sabar dengan kebiasaan lelaki lama balas chat 🤣🤣🤣. Tapi skr saya pun dah macam suami. Lama balas, sekalinya balas, pendek saja jawab hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!