MAKAN DI AL-ANISAH & MENGETEH DI THOUFEEQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEPANJANG perjalanan balik dari Makan di Othman Mee Tarik, Pak Inche diam aje. Tu bukan PI kalau diam, selalu ada jer ceritanya kecuali dia tidur 😄. 


Babah kenapa diam? Babah menyesal ke makan kat situ? Tanya Sk memecah kesunyian 😄. 

Tak sedap mee babah, jawab PI.


 (Hahaha.. dahlah mee tak sedap, kena bayar sampai lapanploh hengget pulak tu 🫣)

Haaa.. tu laaa, siapa suruh ambil lagi Mee Sup. Tuari kat Tanjung Malim pun salah ambil menu jugak. 

Manalah babah tau.. kata PI. 


Kesian babah, tak apalah, esok bonda belanja babah kat Kedai Mualaf (nama panggilan PI untuk Restoran Al-Anisah). Babah nak makan 10 pinggan Mee Hailam pun boleh 😂.


Esoknya, seperti yang dijanjikan kami ke Restoran Al-Anisah tapi lain pulak yang dipesannya. Nampak menu baru, Mihun Hong Kong, terus PI kata nak makan Mihun Hong Kong. Sebenarnya, menu ni memang ada aje tapi tak tulis dalam buku menu.


Sk makan Mee Goreng Wok Hay! Menu ni unik kerana dicampur mee kuning dan kueyteow, ia dimasak hingga garing dan berbau hangit-hangit kuali. Menu ni juga tak ada dalam menu, kena beritahu masa buat pesanan.


Nampak tak keterujaannya bila dapat makan makanan kegemaran. Padahal hari tu baru jer beli bawang, sekali aje masak, lama-lama bawang pun tumbuh.


Sebelum balik rumah, singgah ngeteh dulu kat Restoran Thoufeeq makan Roti Telur pulak. Kita enjoy jer laaa apa yang terlintas depan mata sebelum menutup mata.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alamak, deep-nya ayat last tu 🤭
    Besar² udangnya tu SK, maunya PI tak teruja... PH tengok telioq aha!

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan mi tu. kecewa ye makanan tak sedap. Hihi

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ada isteri yg memahami 😂 kalau tak monyok je la mengenangkan mee yg tak sedap tapi kena bayar 80 ringgit...

    ReplyDelete
  4. tudiaaaaa....ayat last tu..tapi nampak menu yg PI order tu sedaplah SK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!