RENDANG AYAM MAMAN OMAK JENNY & DENDENG NYET BERAPI KA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


MASA balik Kenduri Tahlil minggu lepas, macam biasalah Cikwa bawa buah tangan dari KL. Ada kek dan Cikwa ada beli Rendang Maman Omak Jenny dan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming yang dibeli secara online.



Rendang Ayam Maman Omak Jenny. Omak Jenny ialah ibu Nubhan peserta Akademia Fantasia musim ke berapa tah, Sk tak ingat, hehe. 

Dulu pernah sekali makan Rendang Ayam Maman dibawa kawan kolej Sk, Shida. Shidah orang nogori tak ingat pulak daerah mana.


Dendeng Nyet Berapi Khairulaming. Bagi Sk okeylah sedap makan dengan nasi impit. Cuma tekstur dendeng yang sebenar tu bukanlah macam ni. Dendeng dagingnya dihiris lebar dan nipis bukan hancur berderai.



Semacam bau hanyir menerpa ke hidung apabila bungkusan Rendang Omak Jenny dibuka. Semua tanya, bau apa ni? Iman kata, ni macam bau wetfood (makanan kucing basah). Jadi, makan sambil tahan nafas. Ia juga tak pedas langsung sebagaimana originaliti Negeri Sembilan yang terkenal dengan kepedasan masakannya. Teringat Rendang Ayam Maman Sidah, jauh beza sedapnya.


Che Li pulak bawa organ lembu goreng cili. Aaaa.. sedap lagi la masakan Che Li ni tapi agaknya kalau buat jual, tak tahulah ada orang nak beli ke tak, maklumlah, Che Li bukan retis, hahahahaha. Kena jadik retis dulu baru jual produk boleh cecah ribuan malah ratusan ribu walaupun.....

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaa..saya baru je beli rendang maman mak jenny tu, tapi belum bukak makan. Memang suka makan rendang maman, cuma susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang rasa sayang pula dengan keaslian resipi warisan nenek moyang yang sudah diubahsuai. Rasanya kalau sudah ubah rupa eloklah tukar namanya juga.

    ReplyDelete
  3. Teringat dendeng daging masa sekolah dulu makcik dewan makan tu buat sedap betul. Dagingnya sekeping2 bukan hancur macam tu.

    ReplyDelete
  4. selalu nya rendang maman ni daerah kuala pilah. macam kg saya tak buat rendang maman.. kami suka buat rendang pucuk ubi.

    ReplyDelete
  5. comelnye tudung makcik tu.. tudung minang..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!